Kulit Berminyak, Kering, Atau Kombinasi? Buat Eksperimen Ini Untuk Kenali Jenis Kulit Anda
Bahan yang diperlukan adalah muka sendiri, tangan, tisu dan blotting paper/kertas minyak/oil film.
Memiliki kulit wajah yang cantik dan bersih adalah impian semua orang, tidak kira perempuan mahupun lelaki
Untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna memerlukan penjagaan yang rapi dan teratur lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang turut memberi kesan kepada kulit kita.
Penjagaan yang rapi termasuklah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat di samping menggunakan pencuci muka dan krim pelembap yang bersesuaian dengan kulit kita kerana semua orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza.
Sebelum nak cuba dapatkan kulit yang cantik, licin dan bersih, anda kena tahu terlebih dahulu apa jenis kulit anda sama ada kering, berminyak, normal atau kombinasi
Seorang pengguna Twitter, @NaufalAntezem telah berkongsikan tips untuk mengenali jenis kulit anda dalam bentuk bebenang. Tips yang mendapat perkongsian lebih 6 ribu itu sedikit sebanyak membantu orang ramai dalam mengetahui jenis kulit mereka sebelum membeli produk kecantikan kulit yang bersesuaian.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Kalau kita perasan, di pasaran banyak juga produk penjagaan kulit muka yang khas untuk jenis-jenis kulit muka. Ada yang untuk oily skin, combination, dry skin, sensitive, acne prone dan banyak lagi. Sebenarnya agak penting juga untuk kita pilih produk yang sesuai dengan kulit muka kita.
Ada 4 jenis utama kulit iaitu dry/kering, oily/berminyak, normal dan combination/gabungan. Sebenarnya agak mudah untuk kita tentukan jenis kulit muka kita. Tapi untuk hasil yang lebih tepat, perlu rujuk dengan pakar kulit. Cara yang mudah adalah dengan cara '30 minutes bare face'.
Caranya, tanggalkan semua makeup, sunscreen, semua yang ada pada muka kita. Cuci bersih kemudian keringkan. Biarkan muka begitu sahaja. Jangan sentuh atau pakai apa-apa produk selama 30 minit (dalam sesetengah kes up to 1 hour). Sepanjang tunggu, buatlah aktiviti macam biasa.
Selepas 30 mins - 1 jam, bersihkan tangan dulu dengan sabun. Kemudian keringkan. Antara bahan yang diperlukan adalah muka anda sendiri, tangan, tisu dan blotting paper/kertas minyak/oil film. Contoh blotting paper macam dalam gambar kalau ada yang tak pasti macam mana rupanya.
Experiment 1 : Dry skin
Cuba senyum, kerut dahi, muka. Ambil tisu dan lap muka. Kemudian ambil blotting paper dan lap T-zone (dahi, hidung, dagu). Jika waktu gerakkan muka rasa ketat, kemudian pada tisu ada kulit yang flaky tertinggal, minimum or zero oil pd paper, itulah dry skin.
Experiment 2 : Oily skin
Ambil 2 helai blotting paper. Helai pertama lapkan T-zone (dahi, hidung, dagu). Helai kedua lapkan pipi, tapi dahi, tepi dagu. Bandingkan kedua-dua helai. Jika minyak terperangkap sama banyak, penuh satu blotting paper, or tak cukup sehelai, itulah oily.
Experiment 3 : Combination
Guna 2 helai blotting paper, lapkan sehelai pada T-zone dan sehelai lagi pada pipi. Bandingkan kedua-dua helai. Jika helaian pada pipi minimum minyak terperangkap dan T-zone lebih/sangat banyak, juga kalau ada flaky skin tertinggal pada tisu, itu combination.
Experiment 4 : Normal skin
Jika jumlah minyak terperangkap pada blotting paper selepas anda lapkan muka sangat minimum atau tiada, muka tak rasa ketat, tiada flaky skin tertinggal pada tisu, maksudnya kulit anda normal.
Selepas dah tahu jenis kulit, barulah seronok kita nak pilih produk yang sesuai dengan kulit
Jika kulit berminyak tapi pakai produk untuk kulit kering, boleh jadi lebih berminyak kulit muka dan paling teruk jika pori tersumbat yang akhirnya menyebabkan masalah jerawat.
Ada juga yang elak hydration sebab kulit dah berminyak. Dipaksa juga muka untuk kering dan matte. Perlu diingat, kulit kita bijak. Jika kulit terlalu kering, kulit akan masuk mode emergency untuk kekalkan kelembapan dengan hasilkan lebih banyak minyak untuk tebus kehilangan minyak tadi.
Paling penting adalah untuk balance yang baik. Macam combination skin (which aku adalah combination), contoh mask The Himalayan (charcoal, boleh keringkan muka). Aku letak pd T-zone (oily) dan sikit je and nipis pada pipi (sedikit kering). Kita kena pandai balancekan ikut keadaan.
Jika kulit muka berminyak, combination boleh cuba pencuci jenis gel instead of cream. Paling penting utk mana2 jenis kulit utk cari product yg takblock pores (non-comedogenic) juga yg tak strip our mineral oil terus dari kulit yg akan akibatkan kulit kering dan irritate.
Minum air yang cukup, sunscreen, supply good amount of hydration, facial mist (when needed) adalah makanan untuk kulit kita. Kalau kita bagi dia makan, mesti dia tak meragam. Selamat berjaya dalam mengenalpasti jenis kulit masing-masing.