seismik

"Saya Bodoh Dan Sudah Rasa Kesannya" - Wanita Kongsi Bahana Produk Kecantikan Pada Dirinya

Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Cover image via Facebook Najwa Zaidi

Adalah menjadi norma masyarakat kini dimana semua orang ingin kelihatan cantik dan sempurna, lebih-lebih kaum wanita

Image via Vemale

Kecantikan seseorang itu sering diukur menerusi kesempurnaan fizikal yang merujuk kepada bentuk badan, rupa paras serta keadaan kulit. Maka tidak hairanlah kebanyakan wanita sering terpengaruh untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan tanpa berkira meskipun memerlukan pembelanjaan yang agak besar.

Image via Lipstiq

Namun begitu, berapa ramai yang sedar bahawa produk kecantikan ini, lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai kelulusan jabatan kesihatan, sebenarnya adalah 'pembunuh senyap'?

Ini kerana kesan sampingan yang dibawa produk-produk kecantikan ini mampu merosakkan organ dalaman seseorang itu, jika tidak dalam jangka masa pendek, ia akan berlarutan untuk jangka masa yang panjang.

Seorang pengguna Facebook, Najwa Zaidi telah berkongsikan pengalaman pahitnya terpaksa bergelut dengan beberapa penyakit gara-gara pengambilan produk dan supplement kecantikan

Najwa atau lebih mesra disapa Wawa mula mengambil produk dan supplement kecantikan sejak zaman belajarnya lagi dan sering kali keluar masuk hospital gara-gara side effect produk tersebut.

Namun begitu, Wawa memilih untuk mengabainya sehinggalah awal tahun 2018 yang mana kesihatan dirinya semakin terjejas sehingga ke tahap tidak boleh bangun, dan akhir sekali terpaksa melalui pembedahan yang memakan kos yang tinggi.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bersyukurlah bila ada orang remind, orang up-kan tentang bahaya produk timbang kilo, jamu ketat sana sini, ubat ketat melekat and supplement over claim ni. Tak kisah lah cara dia remind tu kasar ke or dia sendiri tak berapa nak betul tapi ambil part yang betul tu, terima and hadam. Jangan ambil part yang negative.

Senang cerita selagi tak kena selagi tu orang tak akan percaya dan terus jual atau pakai. Saya salah seorang yang degil dulu. Saya jual produk timbang kilo dan saya suka makan supplement putih kulit, kurus dan macam-macam lagi tapi bukan dalam satu masa. Saya guna segala bagai jamu mak nenek, gel itu ini masuk lubang sana sini konon nak ketat kemut la.

Akibatnya? Kulit dari normal jadi super sensitive sebab pakai produk timbang kilo, kulit jadi nipis, pedih yang ada kelulusan katanya. Makan tahun nak elok balik tapi still effect nya sampai sekarang terasa.

Bacaan darah dan hati terlampau tinggi, ni yang nak nangis! Alhamdulillah lepas operate je bacaan hati dan okay, syukur. Disebabkan effect long term suka makan supplement, yea semua supplement tu ada kelulusan katanya yea, siap boleh keluar TV sana sini, taja sana sini.

Wawa ni dah keluar masuk hospital sebab masalah hati ni since diploma tahun 2009 lagi sebab masa tu dah consume macam-macam supplement tapi yealah kesedaran tak ada lagi dan terus kan makan lagi dan lagi dan lagi. Start awal tahun ni 2018 makin teruk sampai tahap tak boleh bangun, tak boleh bernafas, sakit terlampau sakit rasa nak hilang nyawa, jadi pergi la check, and doctor kata dah teruk. Tapi hempedu kena buang, tak berfungsi, tak boleh diselamatkan dah hempedu tu plus ada batu, jadi buang terus. Now dah sihat.

Gel, jamu kemut ketat itu ini, effect-nya? Kena jangkitan kuman dekat faraj, taubat tak pakai dah

Saya pernah bodoh dan dah dapat pun effect-nya , lepas dapat effect macam biasa la baru reti nak cerdik sikit. Jadi maybe anda nak tunggu hilang organ-organ or muka jadi mak lampir baru nak sedar la kot kan. Takpe saya faham sebab saya juga pernah "bodoh" macam ni dulu.

Boleh nak sokong produk orang kita tapi sokong la yang betul-betul ada kelulusan dan berkualiti, contohnya Simply Siti, Annona, Dermags dan banyak lagi produk-produk yang berkualiti. Anda sedar atau tak dengan membeli produk yang tidak berkualiti anda bukan bantu menyokong "orang kita" tapi anda membantu membinasakan diri sendiri serta orang lain. Dalam masa yang sama anda sokong "founder puaka" ni terus menyebarkan keburukan pada orang lain. Anda rasa perkara itu bagus? Fikirkan.

Semoga perkongsian saya membuka mata anda supaya tidak terus diperbodohkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan perkataan "nak bantu" masalah anda. No, mereka hanya nak kenyang perut mereka sendiri dan tidak sedikit pun mereka peduli kalau anda sakit, founder sampah ni juga tak akan bantu anda bayar bil hospital effect dari produk sampah mereka.

Saya tak mention produk sebab saya tak mahu burukan sesiapa, cukup sekadar memberi kesedaran kepada anda. Saya share bukan sebab nak memperbodohkan sesiapa tapi nak elakan anda dari diperbodohkan oleh "mereka".

BTW, bil hospital untuk buang hempedu tu total RM 17 ribu. Yes, insurance yang bayar, bukan founder sampah yang bayar.

Tak payah la sibuk kejar reward RM21k tu sampai lupa nak simpan duit untuk berubat di kemudian hari nanti. Boleh je nak pergi hospital government tapi kena tunggu giliran la and tahan la sakit tu.

Ambil yang positive!

Psstt. Tu gambar hempedu wawa yang dah dibuang, bawah tu gambar asid dalam perut sebab mula-mula ingat gastrik tapi bukan, seksa tau kena masuk camera dalam perut!

Pada yang tak setuju and nak kecam saya tu tak apa sebab saya faham, pandangan kita pernah sama bahawa lain kulit lain penerimaan, lain badan lain penerimaan tapi ianya jadi berbeza selepas saya dapat effectnya.

Semoga perkongsian ini memberi kesedaran kepada kita semua. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

More stories to read: