Lebih 53k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Lembapkan Kulit & Lebih Glowing!
Fuh, buat dekat rumah pun boleh. Tak perlu pergi facial pun.
Ramai wanita inginkan kulit yang cantik, bebas dari jerawat, lembut, gebu dan licin. Namun, produk penjagaan muka zaman sekarang ini penuh dengan bahan yang boleh membahayakan kulit wajah.
Walaupun produk yang dijual memang mahal dan dijamin berkesan untuk merawat kulit wajah yang bermasalah, sememangnya tidak semua orang yang mampu untuk membelinya apatah lagi menang memakai.
Kerana lain orang, lain jenis kulit. Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kulit yang begitu sensitif sehinggakan langsung tidak boleh memakai mana-mana produk yang mempunyai bahan kimia yang terlalu banyak.
Oleh itu, bolehlah anda mencuba untuk rawat kulit wajah sendiri hanya di rumah. Ingin tahu caranya? Ikuti perkongsian oleh seorang wanita iaitu Norafiza Mahmud yang telah mendapat perhatian masyarakat di laman Facebook dengan lebih 53 ribu 'shares' tentang cara yang terbaik untuk membuatkan kulit wajah lebih cantik dan glowing.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.
Menurutnya, cara ini akan memberikan kesan seolah-olah rawatan bernilai RM500 di spa. Memang power!
Rawatan ini dipanggil Hydrating Mask Scrub untuk dipraktikkan oleh wanita di luar sana yang mementingkan kecantikan kulit wajah.
Ikuti langkah di bawah:
1. Sediakan sebiji tomato. Tomato ini boleh digunakan sehingga 3 kali. Setelah itu, korek isi tomato tersebut.
2. Beras hancur ini pula untuk dijadikan scrub muka. Anda tidak perlu membasuh beras terlebih dahulu ya. Hanya sediakan 2 sudu sahaja.
3. Yogurt asli tanpa campuran buah-buahan pula disediakan untuk kesan yang optimum, anda boleh lakukan detox skin dan detox body
6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam
Untuk memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain. Dan seeloknya hydrating mask ini di gunakan secara sejuk.
Sangat elok hydrating mask di gunakan dalam suhu yang sejuk. Mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi.
Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar.
Fuhhhhhh! Diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.
Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.
Untuk proses yang terakhir, boleh sapukan ais ke kulit wajah anda untuk menambahkan kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik
Hasilnya sangat memuaskan hati. Ditambah pula dengan make up simple. Sangat cantik!
Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.
Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang cik oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat di capai secara maksimum!