Cukur Bahagian Atas & Bawah, Ini Teknik Mencukur Yang Betul Untuk Anda
Ikut teknik ini.
Mencukur merupakan pilihan kebanyakan individu untuk menghilangkan bulu di badan mereka
Tambahan lagi, sekarang banyak rawatan yang menawarkan servis-servis sebegini jadi tidak perlu bercukur lagi. Namun, mencukur sendiri menjadi pilihan kerana lebih selesa dan mudah betul tak?
Tetapi, tahukah anda sebenarnya mencukur ini pun ada teknik yang betul dan tepat? Jika anda masih tidak tahu teruskan membaca artikel ini.
Image via Okezone TV
1. Pemilihan alat cukur
Image via Kompas
Terdapat dua jenis alat pencukur yang ada di pasaran iaitu pencukur manual yang standard atau elektrik. Bagi pencukur standard, boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencukur pakai buang yang boleh digunakan lima hingga tujuh kali atau shaver untuk digunakan berulang kali.
Bagi pencukur elektrik pula, ia lebih menjimatkan kerana boleh digunakan berulang kali dan lebih memberikan keselesaan. Cuma hasilnya mungkin tidak begitu memuaskan seperti pencukur standard. Ia terpulang kepada keselesaan anda.
2. Bersihkan kulit terlebih dulu
Antara perkara paling penting sebelum mencukur bulu adalah dengan membersihkan kulit terlebih dahulu. Kemudian, basuh pencukur anda dengan air dan sabun.
Anda dinasihatkan agar menggunakan air panas suam untuk menjadikan kulit lebih tenang dan liang pori akan terbuka, sekali gus menjadikan proses bercukur lebih lancar.
Image via detik.net.id
3. Guna gel atau krim
Image via Cewek banget
Selain itu, untuk mendapatkan hasil cukuran yang lebih baik, anda disarankan untuk menggunakan krim atau gel. Ia sedikit sebanyak dapat membantu membentuk lapisan pelincir antara kulit dan pencukur sekaligus memudahkan pergerakan ketika mencukur.
Malah, penggunaan krim dan gel dapat mengelakkan pencukuran berulang yang cenderung menyebabkan keradangan dan kerengsaan kulit.
4. Arah cukuran
Image via FAVO
Arah cukuran yang betul sangat penting dalam proses bercukur. Anda perlu bercukur mengikut arah tumbuhnya rambut dan bukan arah berlawanan.
Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya razor burn. Ia dapat mengelakkan daripada memberikan tekanan berlebihan semasa bercukur. Caranya, tarik alat pencukur anda secara perlahan-lahan dan elakkan daripada tergesa-gesa.
5. Basuh dengan bersih
Image via Sumba Stori
Sebaik sahaja selesai bercukur, jangan lupa pula untuk membersihkan alat pencukur. Jika anda membiarkannya, ia boleh membuatkan pencukur menjadi berkarat.
Sudah pasti anda juga perlu membersihkan segala bahagian yang dicukur tadi dengan bersih. Gunakan krim atau losyen selepas bercukur untuk melembutkan dan melindungi kulit anda.
Ingat tips-tips ini okay korang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik mengenai kecantikan di SAYS Seismik:
Leave a comment