Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"All Set, Let's Go!" - Comel Betul Bapa Ini Rekod & Set Suara Anak Dalam Apps Waze!

Kalau dah suara anak yang keluar, sesat pun tetap gembira.

Cover image via BM Soya Cincau

Kewujudan aplikasi seperti Waze, Google Maps dan peranti GPS membuatkan usaha untuk mencari tempat yang kita tidak pernah pergi sebelum ini menjadi begitu mudah

Kebanyakan orang, lebih-lebih lagi yang jenis susah untuk ingat jalan, sangat bergantung dengan aplikasi ini bagi mengelakkan dari sesat ketika berada di jalan raya.

Image via Tech Nave

Biarpun ada kalanya kita berdepan masalah apabila aplikasi ini buat 'gila' dan membawa kita ke tempat lain, tetapi kesilapan itu tidak pernah melemahkan semangat kita untuk terus menggunakannya.

Tapi mungkin untuk seorang lelaki ini, dia tidak kisah langsung untuk sesat. Ini kerana, suara yang dia akan dengar melalui aplikasi Waze itu adalah suara anak kecilnya sendiri!

Image via Twitter @RifdiRosli

Menerusi laman sosial Twitter, Rifdi Rosli, telah berkongsikan bagaimana dia menggunakan suara anaknya, Rayyan Mikael, sebagai pemandu arah.

Ternyata, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian para netizen yang mana rata-rata mereka merasakan perbuatan itu sebagai 'cute'.

Bukan itu sahaja, ramai juga telah memuji kecomelan suara Rayyan Mikael yang sangat fasih dalam Bahasa Inggeris.

Antara komen-komen para netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lelaki ini pula set suara isteri untuk Waze dia. Romantiknya!

Lagi artikel menghiburkan terkini di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment