seismik

Takut Nak Sunat Punya Pasal, Budak Lima Tahun Ini Lari Duduk Atas Bumbung Selama 2 Jam!

Buat kanak-kanak lelaki, berkhatan bermaksud memotong lebihan kulit kemaluan atau lapisan kulit yang membaluti bahagian depan alat kelamin lelaki.

Cover image via Facebook Anik Sutari

Berkhatan atau bersunat adalah sesuatu yang khusus buat umat Islam. Hukum berkhatan adalah wajib tetapi tidak fardhu bagi lelaki dan harus bagi wanita jika tidak memudaratkan.

Buat kanak-kanak lelaki, berkhatan bermaksud memotong lebihan kulit kemaluan atau lapisan kulit yang membaluti bahagian depan alat kelamin lelaki. Proses berkhatan kini tidak hanya dilakukan oleh masyarakat beragama Islam malah diamalkan di serata dunia.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Utusan

Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan. Prosedur ini dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun.

Kaedah berkhatan telah mengalami beberapa perkembangan daripada secara tradisional iaitu menggunakan sebilah pisau tajam kini beralih kepada peralatan moden yang lebih bersih, selamat dan kurang menyakitkan berbanding kaedah konvensional.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan apabila dalam proses berkhatan, kanak-kanak lelaki akan menunjukkan pelbagai ragam dan reaksi. Ada yang menangis, bahkan ada juga yang marah. Ini kerana mereka melalui sesuatu proses yang mereka tidak pernah lalui dicampur juga dengan gurauan rakan di sekolah dengan pelbagai cerita menggerunkan tentang berkhatan.

Baru-baru ini seorang doktor telah berkongsikan pengalaman yang dialaminya apabila seorang kanak-kanak telah berlari keluar daripada klinik kerana takut ingin dikhatankan.

Lucunya, kanak-kanak itu siap panjat bumbung!

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu terjadi semasa kanak-kanak yang berumur lima tahun itu dibawa oleh kedua ibu bapanya ke klinik untuk disunatkan.

Gara-gara takut nak bersunat punya pasal, kanak-kanak itu terus melarikan diri ke atas bumbung klinik berkenaan dan duduk di situ selama kira-kira 2 jam!

Pujuk punya pujuk agar segera turun dari bumbung namun tidak diendahkan kanak-kanak lelaki tersebut. Ibu bapanya yang resah terus menghubungi guru sekolah dan siapa sangka, cara itu berkesan dan kanak-kanak berkenaan berjaya dipujuk turun oleh guru sekolahnya selepas hampir 3 jam berada di atas bumbung.

Yang comelnya, setelah berjaya dipujuk, kanak-kanak itu terus berjalan masuk ke dalam klinik dengan sendiri dan ke tempat bersunat untuk berkhatan dengan rela dan tanpa dipaksa

Menurut doktor klinik tersebut, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku kepada dirinya.

Katanya, "Sepanjang kerjaya profesional selama 20 tahun dan mengkhatankan ribuan kanak-kanak, ini adalah kali pertama saya melihat seorang kanak-kanak memanjat dan duduk di atas bumbung."

Sepanjang sejarah profesiku, 20 tahun nyunat, dan dari ribuan anak yg udah sy sunat, baru kali ini anaknya kabur sampai...

Posted by Anik Sutari on Monday, July 8, 2019

Kanak-kanak ini pula tulis surat minta maaf pada doktor yang mengkhatannya!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: