"On Point!" - Berdekah Tengok Adegan Filem 'Kabhi Khusi Kabhi Gham' Versi Pokok Kelapa Ni

Shah Rukh Khan pun kalah!

Siapa tak tahu filem Kabhi Khushi Kabhie Gham?

Image via Daily Pakistan

Setiap tahun confirm akan tayang filem bertemakan kekeluargaan dan percintaan itu. Kalau bukan waktu perayaan Deepavali, waktu sambutan Hari Raya Aidilfitri mesti ada!

Walaupun filem Kabhi Khushi Kabhie Gham ditayangkan secara rasmi 18 tahun lepas iaitu pada tahun 2001, namun filem itu boleh dikatakan antara filem Hindustan yang terbaik dan kekal evergreen sehingga ke hari ini.

Image via The Teal Mango

Bukan sahaja kerana filem tersebut diungguli oleh bintang-bintang terkenal Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Kajol, Amitabh Bachchan, dan Hrithik Roshan, tapi lagu-lagu yang terdapat dalam filem itu pun memang sedap.

Dari lagu slow sehinggalah lagu rancak, semuanya sedap didengari. Siap ada yang menghafal lagi lagu-lagu dari filem berkenaan.

Baru-baru ini, sekumpulan warga Indonesia telah membuat parodi lagu yang cukup popular dalam filem itu iaitu 'Bole Chudiyan'

Yang lucunya, versi parodi lagu ini dilakukan di dalam hutan!

Kalau dalam filem sebenar, babak ini memperlihatkan orang ramai menari dengan gembira beserta dengan suasana meriah di dalam ruang besar sebuah rumah.

Dalam versi parodi, mereka semua menari di sekitar sebuah kebun pokok kelapa.

Lebih menarik apabila penonton juga boleh melihat paparan sebenar babak berkenaan di sudut bawah belah kanan video parodi itu supaya boleh menilai sendiri gerak tari yang dipersembahkan.

Memang sangat on-point ditambah juga dengan gaya yang lebih lucu!

Dalam keseluruhan video tersebut, babak yang benar-benar mencuri perhatian dan epik adalah ketika si ibu mendapat 'aura' atau 'naluri' anak-anaknya telah bersatu setelah sekian lama terpisah.

Kalau ikut filem sebenar, si ibu berlari menuruni tangga, tapi kalau ikut versi parodi, si ibu telah bergegas lari di atas titi.

Rata-rata netizen terhibur dan meluahkan rasa kagum serta memuji pembikinan video tersebut!

Tak percaya? Lihat sendiri video penuh parodi itu di bawah:

Nah, boleh lihat sekali video original di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment