Dapat Tiga 'Yes', Nyanyian Jejaka Sabah Ini Telah Tawan Hati Juri Dalam Asia's Got Talent!

Selain penyanyi, Ronnie Jupiter merupakan seorang penulis lagu dan pelakon baru yang sedang menapak naik dalam industri seni tanahair.

Asia's Got Talent adalah salah satu program realiti pencarian bakat yang paling popular di seluruh Asia!

Asia’s Got Talent membawakan pelbagai bakat menarik dan luar biasa mewakili 15 negara Asia. Tidak kira umur atau apa jua impian, peserta berjuang mendapatkan hadiah lumayan sebanyak $100,000 USD.

Image via David Poster


Peserta boleh mempersembahkan apa sahaja bakat terpendam mereka seperti silap mata, tarian, nyanyian, alat muzik, seni mempertahankan diri, akrobatik dan banyak lagi. 

Para juri pula terdiri daripada pemenang anugerah Grammy dan produser muzik, David Foster, penyanyi antarabangsa, Anggun, dan artis popular Korea-Amerika, Jay Park.

Terbaru, seorang peserta dari Malaysia bernama Ronnie Jupiter telah mempersembahkan bakat nyanyiannya di pentas besar ini!

Dalam persembahannya, Ronnie yang berasal dari Sandakan, Sabah, ini telah memilih untuk menyanyikan lagu dari penyanyi popular Amerika Syarikat, Alicia Keys berjudul If I Ain't Got You.

Siapa sangka, nyanyian Ronnie bukan sahaja berjaya membuat para juri terpegun bahkan persembahannya telah berjaya memukau para penonton yang berada di sana. Maka, tidak terkejutlah apabila dia mendapat tiga 'Yes' daripada para juri sebagai tanda berpuas hati dengan persembahannya itu.

Memetik laporan daripada Sabah News Today, Ronnie sendiri seakan-akan tidak percaya yang ketiga-tiga juri itu sukakan nyanyiannya

“Alhamdulillah… semua ini bagaikan mimpi. Diri sendiri terkejut ketiga-tiga juri profesional menerima bakat nyanyian saya ketika itu.

“Saya mendapat tiga ‘Yes’ daripada mereka namun masih menunggu sama ada bakal meneruskan pertandingan ke peringkat seterusnya atau tidak,” kata Ronnie.

Sebelum membuat persembahan di atas pentas Asia's Got Talent, Ronnie terlebih dahulu telah menghadiri ujibakat terbuka di Universiti Taylor, Kuala Lumpur, pada bulan Julai tahun lalu.

“Dengan persediaan singkat, saya terus sertainya dan dua bulan kemudian barulah dihubungi berkaitan kelayakan pergi ke ujibakat di hadapan juri profesional terdiri daripada Anggun, David Foster dan Jay Park,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Ronnie bukan sahaja berbakat dari segi nyanyian, bahkan dia juga merupakan seorang penulis lagu dan pelakon baru yang sedang menapak naik dalam industri seni tanahair

Bukan itu sahaja, Ronnie Jupiter juga merupakan juara bagi pertandingan nyanyian FlyIdol 2018, anjuran stesen radio Fly FM dan merupakan anggota kumpulan penari, The Covenant Dance Crew.

Lihat video penuh ujibakat Ronnie Jupiter di bawah:

Syabas Ronnie!

Semoga mara ke peringkat akhir dan make Malaysia proud!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahun lalu, ahli silap mata ini telah berjaya memukau semua dengan magiknya di Britain's Got Talent!

Leave a comment