Ahli Silap Mata Malaysia Ini Dapat Standing Ovation Dari Juri Britain's Got Talent. Power!
Jangan lakukan aksi ini di rumah!
Seorang ahli silap mata dari Malaysia, Andrew Lee telah berjaya mengagumi para juri Britain's Got Talent (BGT) dengan persembahan hebatnya
Andrew yang berusia 31 tahun menyertai pertandingan itu dengan aksi melempar pisau.
Semasa uji bakatnya, beliau pada awalnya mengatakan persembahannya itu hanyalah sekadar helah kad mudah, tetapi dengan penambahan "elemen bahaya".
Untuk persembahannya, beliau telah meminta salah seorang hos BGT iaitu Dec untuk memilih satu kad daripada dek lalu mengoyakkannya sebagai tanda
Andrew kemudian meminta Dec untuk memakai dartboard empuk di atas badannya dan meminta seorang lagi hos BGT iaitu Ant untuk melemparkan dek tersebut di udara.
Bagi menambah elemen bahaya dalam helah kadnya itu, Andrew menyatakan beliau akan melemparkan pisau ke badan Dec sambil matanya tertutup.
Andrew dengan mahirnya melempar pisau ke dartboard, menyematkan kad yang telah dipilih oleh Dec pada badannya.
Persembahan Andrew bukan sahaja mendapat sorakan gemuruh dari para penonton bahkan juri-juri juga teruja dengan helahnya itu
Andrew yang mendapat 'Yes!' dari semua juri, termasuk Simon Cowell yang terkenal dengan kritikan pedasnya mengatakan, "Itu adalah salah satu perkara yang paling menakjubkan yang pernah saya lihat!"
Untuk makluman, Andrew yang sebelum ini telah berjaya sampai ke peringat separuh akhir Asia's Got Talent (AGT) tahun 2017 kini mencuba nasib di Britain's Got Talent 2018
Ditanya mengapa beliau ingin bertanding di BGT, Andrew menjawab, "Ia adalah impian saya untuk berada di Britain's Got Talent dan harapan saya untuk membuat persembahan di hadapan keluarga diraja England."
Dah tengok persembahan Andrew pada peringkat separuh akhir AGT tahun lepas? Kalau belum, lihat di bawah: