“Bukan Hanya Kirim Asap, Kita Juga Kirim Oksigen” – Badan Komunikasi Indonesia

Menurut Ganda, bencana ini adalah fenomena alam semula jadi bukannya berpunca daripada kecuaian manusia semata-mata.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Kompas.com

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu jerebu rentas sempadan semakin teruk apabila kebakaran hutan di Indonesia masih berlaku

Rakyat Malaysia, Singapura dan warga Kalimantan antara orang yang paling banyak menghadapi masalah jerebu sehingga banyak sekolah kini ditutup.

Baru-baru ini, dilaporkan oleh Kompas.com, pihak pemerintah Indonesia memberikan penjelasan mengenai situasi yang dihadapi Malaysia dan Singapura.

Kepala Badan Komunikasi Pemerintah Republik Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan mengatakan kerajaan Indonesia sangat memahami keprihatinan masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Beliau juga menambah bahawa hubungan diplomasi antara Malaysia dan Indonesia masih dalam keadaan sangat baik.

SAYS.com

Kepala Badan Komunikasi Pemerintah RI (Bakom) Syahganda Nainggolan kantor Lemhannas, Jakarta.

Image via Kompas.com

Kejadian di luar kawalan manusia dan berpunca daripada fenomena alam semula jadi

Tambahan lagi, beliau mengulas lanjut mengenai sumbangan ekosistem hutan negara itu kepada kualiti udara di serantau.

Menurut Ganda, bencana ini adalah fenomena alam semula jadi bukannya berpunca daripada kecuaian manusia semata-mata.

"Jadi, kita juga minta kepada semua tetangga kita untuk mengerti ini adalah di luar melampaui kesilapan manusia, ini betul-betul alam," katanya.

SAYS.com
Image via Kompas.com / Vocket

Ganda memberitahu bahawa asap tidak ada hutan-hutan Indonesia sebaliknya menghantar oksigen.

"Kita bukan hanya mengirim asap, tapi kalau asapnya enggak ada, kita mengirim oksigen. Oksigen Singapura dan Malaysia itu kan datang dari hutan-hutan kita," katanya lagi.

Malaysia masih menunggu maklum balas untuk bantuan padam kebakaran hutan Kalimantan

Menurut laporan daripada Buletin TV3, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Indonesia

Setakat ini, Indonesia masih belum memberi apa-apa maklum balas mengenai tawaran bantuan memadamkan kebakaran di Kalimantan.

Keadaan udara di Malaysia juga semakin teruk atau kekal pada tahap tidak sihat.

Menurut laporan daripada Harian Metro, setakat 1.30 tengah hari ini, sebanyak 23 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 171. Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: