[VIDEO] "Pocong Di Belakang Aku!" - Comel Betul Gelagat Gadis Ini Bila Ternampak ‘Pocong’!

Yang lucunya, baru-baru ini tular satu video menunjukkan sepasang kekasih di dalam kereta yang tiba-tiba diganggu ‘pocong’ di tempat duduk belakang

Siapa tak takut bila nampak hantu depan mata?!

Maya Karin dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Image via Blog Sultan Muzaffar

Lebih-lebih lagi pada mereka yang memang lemah semangat. Boleh jadi sampai terpengsan dibuatnya apabila ternampak kelibat makhluk halus itu. Jika tidak pengsan pun, pasti seseorang itu akan menjerit dengan nyaringnya lalu lari sepantas kilat.

Bukan itu sahaja tapi ramai di antara kita yang takutkan kehadiran makhluk ini. Mungkin kerana paras rupa dan fizikal makhluk itu yang menakutkan membuatkan kita sebolehnya tidak mahu terserempak dengannya.

Tapi baru-baru ini, tular satu video di laman sosial memaparkan sepasang kekasih dari Indonesia di dalam kereta lalu tiba-tiba diganggu ‘pocong’ di tempat duduk belakang kereta berkenaan

Yang lucunya, rakaman tersebut bukanlah menakutkan bahkan menggelikan hati dan telah membuat ramai netizen terhibur ekoran gelagat si gadis yang tenang sahaja melihat ‘pocong’ tersebut.

Gadis itu sememangnya terkejut melihat kelibat 'makhluk' itu yang mengganggunya beberapa kali, tapi respon yang diberi gadis itu benar-benar comel. Bukannya menjerit terpekik-pekik tapi istighfar, siap dihempuknya 'pocong' itu!

Difahamkan rakaman itu adalah untuk suka-suka yang dibuat oleh si lelaki untuk mengenakan teman wanitanya. Manakala 'pocong' yang dilihat beberapa kali muncul di belakang kereta itu adalah rakan kepada lelaki terbabit.

Rakaman yang berdurasi lebih 2 minit itu sebenarnya telah ditularkan oleh pengguna Twitter, @fatnhzwani yang pada masa kini telah mendapat lebih 300 ribu tontonan, dengan lebih 30 ribu retweets dan 20 ribu likes!

Lihat video penuh di bawah:

Ekoran tularnya video itu, ramai yang terhibur dengan telatah comel gadis terbabit!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment