seismik

Video 'Cara Buat Puding Roti Kastard Bersama Saya' Lelaki Ini Mencuit Hati & Kreatif Beno!

Tergelak habis bila tengok. Lawak weh!

Cover image via Twitter @Azfarheri

Baru-baru ini satu tweet telah viral selepas seorang pengguna twitter iaitu @azfarheri telah memuat naik video tentang cara membuat Puding Roti Kastard bersamanya. Memang lawak habis!

Video tersebut juga telah meraih lebih 90 ribu tontonan, 6 ribu retweets dan 5 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Terhibur sangat bila tengok! Rasa nak berjoget sambil buat Puding Roti Kastard ini.

Azfar atau nama panjangnya Azfar Herisyam, berumur 21 tahun berkata dia mula membuat video tutorial memasak kelakar dan simple ini pada bulan 8 tahun lepas.

Azfar juga memang seorang yang suka memasak dan resepi yang digunakan kebanyakannya diambil dari ibunya dan YouTube.

View this post on Instagram

Mana boat i ?

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri) on

Buat mereka yang masih belum tahu basic memasak, boleh belajar perlahan-lahan melalui video yang dikongsikan oleh Azfar ini. Senang aje.

Azfar yang memiiliki sebanyak lebih 7 ribu pengikut di laman Instagram turut memuat naik beberapa video tutorial masak yang lain dalam akaunnya diikuti hashtag #AzfarMasak #AzfarHeriDanceCover #AzfarHeriVids

Di bawah merupakan antara video-video masakan yang dimuat naik oleh Azfar diikuti dengan resepi penuh menu yang dimasak.

Tidak dinafikan, video yang disediakan sedikit sebanyak memberikan semangat buat anak-anak muda di luar sana untuk mencuba sendiri resipi tutorial masakan yang dimuat naik oleh Azfar.

Mana tidaknya, tiba-tiba rasa seperti memasak merupakan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan pula. Siap boleh berjoget!

Tapi hati-hati juga dengan perkakas memasak dan alatan yang tajam ya!

Jika anda ingin melihat semua video tutorial memasak dari Azfar ini, boleh klik di hashtag #AzfarMasak ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: