seismik

Lelaki Ini Guna Gambar 'Gender-Swapping' Di Tinder, Dapat Lebih Daripada 300 'Matches'

Bijak betul.

Cover image via Twitter @J_Askew

Filter terbaru dari Snapchat yang membolehkan wajah seseorang bertukar jantina telah menakluk seluruh pelosok dunia sejak beberapa hari lalu

Jangan tercekik bila tengok kawan lelaki tiba-tiba bertukar menjadi wanita, atau tiba-tiba kakak sendiri tumbuh misai dan janggut. Filter terbaru dari Snapchat ini memang nampak real habis. Menakutkan dan kelakar pada masa yang sama!

Padi tadi, kami cuba filter ini pada wajah ahli politik Malaysia, dan hasilnya memang sangat luar biasa. Lihat beberapa di bawah:

Syed Saddiq

Image via SAYS

Khairy Jamaluddin

Image via SAYS

Ahmad Maslan

Image via SAYS

Bagi seorang lelaki, kewujudan filter ini membuka peluang keemasan paling sempurna untuk satu eksperimen sosial

Lelaki tersebut, Jake Askew yang berasal dari Norwich di England menghasilkan gambar versi wanitanya menggunakan filter tersebut, kemudian menjadikannya sebagai gambar profil di aplikasi dating, Tinder.

Jake turut menggelar dirinya dengan nama Jess.

Dalam masa yang singkat, lelaki berusia 20 tahun itu memperoleh lebih daripada 300 'matches' dan 1,659 'likes' tanpa diduga.

Jake merasakan dirinya kelihatan "terlalu cantik" sebagai seorang wanita sehingga dia memutuskan untuk melakukan prank di aplikasi berkenaan

Bercakap kepada LADBible, Jake dengan yakinnya berkata, "Sejujurnya, saya melihat diri saya dengan filter Snapchat itu dan berfikir saya kelihatan 'unreal', saya tunjukkan kepada rakan saya dan kami fikir, kami akan buat Tinder untuk melihat adakah saya akan dapat sebarang 'match'."

"Saya tak mengharapkan apa-apa, apatah lagi untuk menerima 'like' daripada 1,600 jejaka. Saya tidak beritahu apa-apa pun, saya biarkan mereka meneka."

Ratusan lelaki mula menghantar mesej peribadi kepada 'Jess' menerusi DM

Ada yang kelakar dan ada juga yang menjijikkan.

Apa-apa pun, filter ini berjaya menjadikannya aplikasi Snapchat relevan semula!

Tapi berapa lama filter ini akan meletup dan mendapat sambutan? Sama-sama kita tunggu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Korang pernah try?

You may be interested in: