"Dah 5 Tahun Abah Pergi Tapi Mak Tetap Cinta Abah" - Kisah Ini Bukti 'True Love' Itu Wujud
Ibu dan arwah bapa Hani saling berutus surat sejak dari tahun 70-an lagi dan arwah bapanya sentiasa membawa surat-surat itu dalam begnya.
Siapa yang tidak inginkan cinta sejati dalam hidup ini?
Cinta sejati yang berterusan sehingga ke jinjang pelamin. Cinta yang penuh dengan perasaan kasih sayang dan kesetiaan di antara suami isteri dari awal perkahwinan sehinggalah ke akhir usia.
Apabila cinta sejati itu dipisahkan dengan kematian, maka yang tinggal hanyalah perasaan rindu dan kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati dan dalam ingatan.
Seorang pengguna Twitter @hani_camin telah berkongsikan kisah cinta sejati di antara ibu dan bapanya dari awal sehinggalah apabila bapanya pergi dijemput Ilahi
Image via Twitter @hani_camin
Menurut gadis itu, sepanjang 40 tahun ibu dan bapanya berkahwin, tidak pernah sekali pun ibunya bangun sendirian dan memasak untuk juadah bersahur mereka. Walaupun bapanya tidak tahu memasak namun dia sentiasa setia menjadi peneman ibunya kala memasak.
Image via Twitter @hamin_camin
Bukan itu sahaja, gadis itu turut berkongsi kejadian sehari sebelum bapanya meninggal dunia, yang mana bapanya sempat berkongsi seulas cempedak dengan ibunya.
Image via Twitter @hani_camin
Walaupun sudah 5 tahun pergi, ibunya sentiasa teringat-ingat akan arwah bapa
Bahkan pernah satu ketika Hani memberitahu bahawa ibunya mengaji kerana ingin berkongsi pahala yang diperoleh bersama dengan arwah bapanya.
Image via Twitter @hani_camin
Image via Twitter @hani_camin
Image via Twitter @hani_camin
Bukan itu sahaja, ibu bapanya juga sering berutus surat kepada satu sama sama lain semenjak dari tahun 70-an lagi.
Arwah bapa akan sentiasa usung surat-surat itu kemana sahaja di dalam begnya.
Image via Twitter @hani_camin
Image via Twitter @hani_camin
Image via Twitter @hani_camin
Atas permintaan ramai, Hani turut berkongsikan salah satu kandungan daripada surat-surat itu dalam rangkaian Twitter-nya.
Image via Twitter @hani_camin
Image via Twitter @hani_camin
Perkongsian Hani tersebut telah mendapat lebih 30 ribu retweets dan 24 ribu likes. Ternyata, ramai yang terharu dengan hubungan ibu dan bapanya itu.
Antara komen-komen para netizen:
Ada juga dalam kalangan netizen yang berkongsikan kisah bapa mereka:
Image via Twitter @hani_camin
Image via Twitter @hani_camin
Al-Fatihah.
Semoga arwah bapa Hani ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Lagi perkongsian di SAYS Seismik:
Leave a comment