Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dah Boleh Ke Luar Negara, Tapi Negara Mana Terima Kita? Ini Peraturan Yang Anda Perlu Tahu

Have a safe journey semua!

Cover image via Kompas.com TTRW

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti semua tahu, kerajaan telah mengumumkan kebenaran merentas negeri bagi seluruh rakyat Malaysia

Sudah tentu perkara ini sangat menggembirakan hati semua setelah hampir dua tahun tidak boleh merentas. Pasti kerinduan untuk pulang ke kampung itu akhirnya terubat selepas mendengar berita tersebut.

Malah, kerajaan juga membenarkan untuk ke luar negara dengan syarat telah lengkap dua dos vaksin dan perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Namun, bukan semua negara kita boleh melancong. Kami kongsikan kepada anda perkongsian oleh salah seorang pengguna Twitter tentang senarai dan peraturan negara-negara yang menerima pelancong luar.

Image via googleapis.com

1. United Kingdom (UK)

Image via Travel Triangle

Anda perlu turun di London airport (transit Manchester tidak dibenarkan). Tidak perlu kuarantin tetapi perlu membuat buat covid test pada hari kedua.

2. Finland

Image via National Geographic Kids

Berkemungkinan besar Finland akan membenarkan pelancong dari Malaysia bermula 25 Oktober. Hanya yang lengkap vaksin penuh saja dibenarkan. Anda juga perlu melakukan PCR test sebelum berlepas dan perlu dikuarantin.

3. Ukraine

Image via Iea

Jika anda mahu ke Ukraine, anda perlu lengkap sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. Malah, anda tidak perlu kuarantin 14 hari. Mereka juga menggalakkan anda untuk muat turun aplikasi VDOMA. Anda wajib mempunyai insurans travel.

4. United State (US)

Image via Fodors Travel

Negative test perlu dilakukan 3 hari sebelum berlepas. Negara ini mempunyai Strict Vissa Application. Penerbangan dari negara asal atau transit di negara-negara yang dibenarkan sahaja. (Info kuarantin masih tidak dapat disahkan).

5. Arab Saudi

Image via CNN Indonesia

Arab Saudi kini membenarkan orang untuk datang tetapi dengan tujuan melakukan umrah sahaja. Dengan syarat anda perlulah lengkap mengambil vaksin.

Permohonan Visa diperlukan untuk pelancong. Hanya yang mendapat vaksin AstraZeneca, Moderna, Pfizer, Johnson & Johnson saja dibenarkan. Selain itu, anda akan diberikan booster tambahan.

6. Mesir

Image via Muslim Travelbug

Hanya yang sudah lengkap vaksin penuh saja dibenarkan masuk. Tidak perlu kuarantin. PCR Test Negative perlu dilakukan 96 Jam sebelum tiba di Mesir. Tetapi, anda boleh dikenakan kuarantin jika terdapat gejala ketika tiba di sana.

7. Qatar

Image via Daily Sabah

Anda perlu melakukan PCR Test Negative 72 Jam sebelum tiba. Tidak perlu kuarantin diri. Individu yang mengambil vaksin Sinopharm, Sinovac, Sputnik Vaccine perlu mengambil serology antibodi sebelum tiba di Qatar.

8. Iceland

Image via World Nomads

Anda perlu lengkap mendapat vaksin penuh jika mahu ke sini dan lakukan PCR Test. JIka anda didapati negatif, tidak perlu kuarantin. Visa adalah perlu dimohon dan dibawa bersama.

9. Turki

Image via Harian Metro

Anda perlu melakukan permohonan visa terlebih dulu. Ujian PCR akan dilakukan semasa ketibaan dan anda tidak perlu kuarantin. Wajib lengkap vaksin sepenuhnya.

10. Maldives

Image via IHG

Anda perlu lakukan PCR Test Negative. Tidak perlu kuarantin diri. PCR test adalah wajib dilakukan jika anda terdapat sebarang simptom.

Seronok bila dah boleh travel balik, tapi yang penting SOP tetap kena jaga okay guys! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment