seismik

Ini Antara Kedai RM2 Yang Anda Boleh Serbu Di Sekitar Lembah Klang & Beli Secara Online

Apa tunggu lagi. Jom!

Cover image via Cheap2shop (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila bercakap pasal kedai jual barangan murah pasti ramai orang akan datang ke kedai tersebut

Tambahan pula, barangan yang dijual semua berharga RM2. Memang wajiblah cerita dia untuk singgah membeli betul tak?

Macam-macam barangan daripada keperluan diri sehinggalah keperluan rumah boleh didapatkan di kedai-kedai ini. Jom kita lihat!

Berikut di bawah adalah antara kedai RM2 yang ada di sekitar Lembah Klang:

1. ECO Shop

Image via ECO Shop
Image via Harga Runtuh

ECO Shop adalah salah satu kedai RM2 yang terkenal kerana mereka mempunyai 140 kedai di seluruh Malaysia dengan 27 buah kedai berada di KL dan Selangor.

Walaupun semua kedai mereka menjual barang yang sama, tetapi sebenarnya ada cawangan tertentu menjual produk yang tidak akan anda temui di ECO Shops yang lain.

Klik di sini untuk pembelian di Shopee.

2. Ninso

Ninso menawarkan pelbagai barangan rumah dan makanan ringan. Salah satu perkara yang menjadikan kedai mereka menonjol daripada yang lain dalam senarai ini adalah susun aturnya yang kemas. 

Beberapa kedai Ninso juga menawarkan barangan makanan bernilai RM2 seperti ais krim dan Tom Yam Oden.

Mereka juga memiliki outlet di Shah Alam, Kepong, Kota Kemuning, Balakong, Selayang dan Gombak.

Klik di sini untuk pembelian di Shopee.

3. NOKO

Image via KL Foodie
Image via Laptrinhx

Sekiranya anda mencari barangan untuk hiasan dekorasi dan alat tulis yang comel, ini pasti tempat yang sesuai. Item di kedai NOKO disusun secara strategik, menjadikan anda sangat mudah untuk mencari barangan yang anda mahukan.

Terdapat beberapa cawangan kedai NOKO iaitu di Ampang Jaya, Bukit Jelutong, Shah Alam, dan Puchong Utama.

Klik di sini untuk pembelian di Shopee.

4. MR SAVE

Walaupun kedai mereka sedikit lebih kecil keluasannya daripada kedai lain dalam senarai ini, tetapi MR SAVE masih menjual pelbagai jenis barangan. Antaranya mereka menjual barang hiasan rumah seperti tikar lantai, bingkai foto, dan artificial plants.

Anda boleh kunjungi kedai mereka di Kota Damansara, Ampang, Subang Perdana, dan Petaling Jaya.

Klik di sini untuk pembelian di Shopee.

5. Cheap2shop

Sama seperti kedai RM2 yang lain di dalam senarai ini, mereka juga tidak ketinggalan dengan barangan keperluan yang sentiasa dikehendaki oleh pelanggan. Produk yang dijual juga berkualiti tinggi dengan harga murah.

Mereka mempunyai cawangan di Rawang, Setapak dan Klang.

Klik di sini untuk pembelian di Shopee.

Menarik ni, makin banyak kedai RM2 sekarang :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: