"Dah Mood Raya" - Puasa Pun Belum, Gelagat Mak Semangat Cat Rumah Ini Curi Tumpuan
Harap jadilah nak raya tahun ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Rupa-rupanya sudah dua tahun kita tidak dapat balik kampung untuk menyambut hari raya
Perkara itu disebabkan kerajaan telah melaksanakan PKP untuk mengawal wabak Covid-19 daripada berjangkit. Namun, kini kita telah mendapat kelonggaran kerana rakyat Malaysia telah mencapai herd immunity.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis berkongsi ibunya semangat mengecat rumah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sabar nak raya, dah start pasang langsir dan cat rumah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berkongsi video ibunya sedang membuat kerja di ruang tamu.
Rupa-rupanya, ibunya sudah bersemangat nak menyambut raya. Ibunya dilihat mengecat rumah dengan warna yang baru. Malah, dia juga sempat memasang langsir baru di rumahnya itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Wah, larat lagi mak cik mengecat ya. Harap-harap jadi lah raya kita tahun ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 140K tontonan, 10K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @aidarahayurahman (TikTok)
Image via @aidarahayurahman (TikTok)
Image via @aidarahayurahman (TikTok)
Image via @aidarahayurahman (TikTok)
Betul-betul well prepared mak cik ni. Baguslah nanti bulan puasa dah boleh relax! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment