seismik

"Jadi Shrek" - Gadis Check In Semata Nak Mandi Pool, Sekali Hampa Tengok Warna Kolam

Kolam hijau!

Cover image via @kekdeee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Check in ke hotel atau Airbnb dengan rakan-rakan sudah pasti seronok kerana dapat meluangkan masa bersama

Kadangkala, ia juga boleh menghilangkan rasa stres dan penat seketika. Ada juga yang check in untuk bermandi-manda di kolam renang. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan gadis check in semata-mata nak mandi kolam tetapi warna kolam menghampakan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nak mandi kolam sekali warna kolam hijau

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis check in hotel untuk mandi di dalam kolam renang. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah sebaik saja gadis itu tiba di kolam renang, mereka merasa kecewa dan hampa kerana kolam renang yang berwarna hijau. Tidak lama kemudian, mereka dilihat terpaksa mandi di kolam renang itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Orang suruh letak chlorine dia pergi letak chlorophyll" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 205K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kolam perisa pandan, terhibur baca komen-komen netizen! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: