seismik

"Versi Malaysia" - Wajah Penjual Burger Mirip Pelakon Park Bo Gum Ini Buat Ramai Terkejut

Oppa Malaysia!

Cover image via @otaiburgermalaysia (TikTok) & ZAPZEE

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Drama siri Korea telah memikat hati ramai penonton di Malaysia

Bukan setakat plot yang menarik, K-Drama juga menampilkan pelbagai pelakon yang hebat. Pelakon Korea tidak kalah tampan dan cantiknya. Sebab itu, ramai yang tergila-gilakan mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki dilihat mirip dengan wajah seorang pelakon Korea telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Senyuman persis dengan pelakon Korea Park Bo Gum

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membuat burger pelanggan di gerai sambil aksi dirakam oleh rakannya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat persis wajah tampan pelakon Korea iaitu Park Bo Gum apabila senyum. Dia kelihatan malu semasa dirakam rakannya. 

Image via ZAPZEE

"Kat sini rupanya, 2 tahun tunggu dia habis military, tiber jual buger" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 104K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersetuju dengan wajahnya yang mirip Park Bo Gum. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia punya senyuman tu memang serupa. Tak sangka Park Bo Gum singgah Malaysia! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: