"Macam Setan" - Jawapan Selamba Budak Ini Bila Ditanya Pasal Ayah Bikin Semua Pecah Perut
Jangan spill the tea dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil pasti akan memeriahkan suasana di rumah
Mereka bukan saja panjang akal, kadangkala kecoh sehingga membuatkan suasana rumah menjadi lebih riuh dan ceria. Perangai nakal mereka juga akan membuatkan para ibu bapa merasa geram.
Sama seperti video di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan selamba menjawab soalan seorang wanita tentang ayahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mula-mula jawapan dia positif, last-last lain pula jadinya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang membuka bagasi ayahnya yang baru pulang dari luar kota.
Sedang asyik dia mencari sesuatu, dia dihampiri oleh seorang wanita yang bertanyakan cari apa. Dia dengan selamba menjawab mencari duit. Apabila ditanyakan lagi "kok kamu tahu di situ ada duit?".
Jawapan yang diberikan memang di luar jangkaan. Pada awalnya, dia menjawab tahu sebab ayahnya kaya. Namun, kemudian dia menyambung jawapannya dengan "kayak setan". Perkara itu telah membuatkan wanita itu ketawa terbahak-bahak.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Dik, jangan jujur sangat nanti ayah tak bagi duit untuk beli jajan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 16.2M tontonan, 2.3K tanda suka dan 29.9K komen di Tiktok, rata-rata netizen turut tidak sangka dan terhibur dengan jawapan budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!