seismik

"Auto Melatah" - Dah Tahiyat Akhir, Oyen Kacau Tuan Tengah Solat Ini Buat Ramai Geram

Apa masalah kau Oyen?

Cover image via @jokipokemon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang dilihat membela kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah

Kucing merupakan haiwan jinak yang sangat manja dan dekat dengan tuannya. Namun, kadangkala mereka ini juga mempunyai sifat nakal dan panjang akal terutamanya kucing Oyen. 

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seekor kucing membuat hal semasa tuannya sedang solat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Melompat ke arah muka tuan yang tengah solat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menunaikan solat fardhu di dalam biliknya.

Wanita itu sudah pun berada di tahiyat akhir semasa solat, tiba-tiba kucing peliharaannya berjalan di depan sambil memandang ke arah tuannya. Lebih melucukan lagi adalah apabila kucing itu dilihat menerjah muka tuannya itu.

Disebabkan itu, wanita berkenaan terus melatah dan memarahi kucingnya kerana terpaksa mengulangi solatnya sekali lagi.

"Lepas kena tempias, kucing tu selamba ya jalan macam fashion show" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6.7M tontonan, 670K tanda suka dan 20K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu. Malah, ramai juga yang geram dengan kucing itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nakal betul ya kucing itu, ingat dia dah banyak pahala agaknya! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik