seismik

"Explanation Padu" - Ramai Terhibur Dengar Lelaki Cerita Kes Accident Dalam Loghat Nogori

Rating 11/10 bang!

Cover image via @My_CrimeWatch (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pengguna jalan raya diwajibkan mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan

Perkara itu boleh mengelakkan daripada sebarang kemalangan jalan raya berlaku. Namun, kecuaian dan kelekaan segelintir pengguna jalan raya akan mengakibatkan kemalangan terhadap diri sendiri dan orang lain. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang lelaki berkongsi video dashcam belakang keretanya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kongsi video kemalangan sambil voice over penjelasan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah video daripada rakaman dashcam kereta telah dikongsi oleh seorang lelaki.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila seorang penunggang motosikal menunggang ke jalan yang berlawanan arah. Dia dilihat telah melanggar pintu sebuah kereta di kirinya sebaik saja pintu itu dibuka.

Tidak lama kemudian, pemilik kereta itu mengajak penunggang motosikal untuk berunding. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki pemilik dashcam itu dilihat memberi explanation yang jelas dan padu seolah-olah seperti commentator.

"Video macam ini yang netizen perlukan 10/10" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 284K views, 3K retweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memuji penjelasan lelaki itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Terbaik, terima kasih atas explanation abang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik