"Pura-Pura Pengsan" - Kucing Berak Merata Dipaksa Bau Najis Bayi Ini Buat Ramai Terhibur
Pandai pula dia berlakon!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kucing telah menjadi haiwan kegemaran ramai untuk dipelihara
Iyalah, bukan setakat comel, mereka juga mempunyai perangai 'panjang akal' yang membuatkan semua tuan geram dengannya. Tidak kisah perangai kucing nakal mana pun, setiap tuan pasti akan menyayangi mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki memaksa kucingnya untuk menghidu najis bayi telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sampai pura-pura pengsan hidu bau tahi bayi
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berkumpul di bilik bayi. Bayi itu dilihat sedang membuang air besar dalam pampersnya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki tiba-tiba mengangkat kucingnya lalu dihadapkan ke arah pampers bayi itu.
"Kau selalu buat tahi kan, haa marah. Kau bau tahi dia. Haa bau"
"Selalu berak kencing merata-rata kan, haa bau tahi dia, padan muka", katanya.
Kucing itu dilihat pura-pura pengsan setelah menghidu tahi yang busuk dan dimarahi tuannya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kesian, terus insaf teruk ya dia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 573K tontonan, 47K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!