seismik

"Tawaf" - Gadis Pusing Roundabout Selagi Member Tak Google Tempat Makan Ini Bikin Dekah

Boleh relate, takut salah jalan.

Cover image via @tikah_sam (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai pemandu kereta di jalan raya, sudah menjadi kebiasaan untuk kita merujuk Waze atau Google Maps untuk menuju ke sesuatu tempat

Kadangkala tempat itu susah untuk dikenal pasti, sebab itu kita perlu merujuk peta untuk sampai ke lokasi tersebut supaya tidak salah jalan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis tidak berhenti memandu di pusingan roundabout gara-gara rakannya lambat Waze tempat makan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@tikah_sam

Bila member addicted dengan roundabout #fyp #fypviral

original sound - Nasi_bajet - Nasi_bajet

Non-stop pusing selagi tak jumpa jalan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis dan teman-temannya sedang berjalan-jalan makan angin di sebuah lokasi. 

Gadis yang memandu itu dilihat tidak berhenti memusing roundabout berkali-kali. Perkara itu disebabkan rakan-rakannya semua tidak tahu nak makan mana dan tiada seorang pun yang cuba nak buka Waze. 

"Orang cakap yang kereta itu masih berpusing di roundabout" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 214K tontonan, 25K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat sekumpulan gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Solusi paling cepat, tak tahu jalan kita pusing roundabout dulu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: