seismik

[VIDEO] Jual Gajah Di Shopee, Seller Siap Claim Sampai Depan Pintu Ini Undang Tawa Ramai

Gajah jalan sendiri sampai ke alamat anda - Seller

Cover image via @papa_oyster (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Membeli barangan secara dalam talian kini digemari ramai kerana sangat mudah dan jimat masa

Barangan yang dijual dalam talian juga pelbagai jenis dan murah harganya berbanding membeli di kedai fizikal. Sebab itu, ramai yang memilih untuk beli online kerana semuanya ada di hujung jari. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang seller menjual gajah di Shopee telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap claim gajah itu akan jalan dan sampai ke rumah pembeli

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pembeli berkongsi pengalaman dia membeli seekor gajah daripada seller di Shopee. 

Apa yang menghiburkan adalah apabila si penjual menyatakan bahawa gajah itu akan datang kepada penjual dengan sendiri. Dia juga akan memberi makanan dan mandikan gajah sebelum dihantar kepada tuan baru. 

"Once you order, the elephant will walk to your address by itself. Free shipping"

"Dont worry sir, the elephant will waze to your address" 

"We will feed them before send out"

"Sure sir, all nice and clean, just finish bath", katanya.

"I tak kira, i nak you review bila dah sampai sis" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.5M tontonan, 262K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gajah yang comel. Malah, ramai pula yang ingin membeli gajah tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bosan sangat ni sampai nak beli gajah online, seller tu pun pandai ya hiburkan orang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik