Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Daiyan Trisha Kongsi Resit Sumbangan Untuk Palestine Di IG Story, Jawab Isu #Blockout2024

"Mungkin kadang-kadang saya lalai" - Daiyan.

Cover image via @daiyantrisha (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Blockout 2024 Movement nampaknya telah memberi impak yang kuat kepada beberapa selebriti tanah air termasuklah pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha

Image via malaysiakini.com



Baru-baru ini, Daiyan telah memuat naik sebuah gambar bendera Palestin di Instagram miliknya berserta kapsyen, "Please watch my story, thank you."

Difahamkan posting itu dibuat sebagai respon kepada gerakan #Blockout2024, iaitu gerakan boikot yang dilakukan netizen terhadap beberapa selebriti tanah air.

Melalui IG stories Daiyan, dia nampaknya telah memuat naik beberapa tangkap layar sumbangan yang pernah diberikannya buat saudara kita di Palestin

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Daiyan juga ada menulis bahawa dia tak pernah sesekali lupa akan mereka yang berada di Palestin dan meminta maaf sekiranya caranya tidak bertepatan seperti mana yang netizen mahukan.

Selain itu, dia juga ada menulis bahawasanya dia sentiasa berkongsi mengenai keadaan di bumi Palestin yang mana orang ramai boleh melihat melalui highlight IG story miliknya. Justeru, tiada istilah "tiba-tiba nak pose" disebabkan isu #Blockout2024 seperti yang didakwa ramai.

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Image via @daiyantrisha (Instagram)

Untuk pengetahuan anda, 'Blockout 2024 Movement' adalah sebuah gerakan untuk menghentikan sokongan terhadap hampir 100 selebriti A-List di seluruh dunia.

Difahamkan, gerakan #Blockout2024 ini dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala pada 6 Mei lalu.

Orang ramai di media sosial serata platform termasuk Facebook, X, Instagram dan TikTok berkongsi senarai selebriti Malaysia untuk diboikot dengan tanda pagar #Blockout2024 termasuk nama-nama pelakon popular.

Pengguna Facebook, Liena Bunkerz, menyenaraikan 30 selebriti berkenaan meskipun ada dalam kalangan mereka itu adalah figura yang diminatinya.



Image via Liena Bunkerz (Facebook)

Jadi apa pandangan anda? Perlu atau tidak gerakan ini diteruskan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca LAGI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment