Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dakwa Ada Nama Allah Pada Botol Kicap, Ustaz Ini Seru Koyakkan Label Dahulu Sebelum Buang

Terima kasih atas perhatian anda.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je tak kenal dengan produk kicap Habhal's atau lebih dikenali dengan jenama botol kicap Cap Kipas Udang?

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna di Facebook dan juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman Mohamed mendakwa terdapat nama Allah Al-Lathief tertera pada botol kicap berkenaan.

"Sudah tentu anda semua gemar makan kicap Habhal's ini. Kicap ini adalah hasil usaha keluarga saya dari Datuk Haji Ahmad Haji Abdul Lathief.

"Baru-baru ini telah dibawa ke perhatian kami tentang nama Abdul Lathief yg tertera dilabel botol kicap dengan tulisan jawi.

"Nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah SWT yang digabungkan dengan lafaz Hamba," katanya.

Lihat perkongsian penuh beliau di bawah:

Image via Abdul Rahman Mohamed (Facebook)

Nasihat kepada para pengguna untuk koyakkan bahagian yang ada nama Allah pada botol sebelum buang ke dalam tong sampah

Jelas Ustaz Abdul Rahman lagi, nama Al Lathief jika di tulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertakluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik. 

Walau bagaimanapun, apabila ditulis dalam perkataan Arab ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan ditempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.

"Meskipun perkara ini masih ada argumennya, dinasihatkan apabila anda mahu mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT," ujarnya.

Image via Abdul Rahman Mohamed (Facebook)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment