seismik

"Dapat Barang Baru Bayar" - Ini Taktik Terbaru Scammer Seller Dari China Guna Teknik COD

Hati-hati guys!

Cover image via La Dolce Niza (Facebook) & Times Of India

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kelicikan penipuan kewangan atau scammer semakin menjadi-jadi di negara ini

Walaupun banyak tangkapan dibuat, kes penipuan begini masih lagi berlaku biarpun ketika ini negara dilanda musibah Covid-19.

Terbaru seorang pengguna di media sosial Facebook, La Dolce Niza ada berkongsi kisah pengalaman daripada sahabat suaminya sendiri mengenai taktik scammer dari China yang mengguna teknik Cash On Delivery (COD) atau dapat barang baru bayar.

Malah dia turut mendedahkan ramai pembeli di Malaysia sudah terkena dengan teknik scammer dari China ini yang menjual barang-barang mengunakan teknik COD.

Lihat perkongsian penuhnya di bawah:

Ramai sebenarnya percaya sebab kononnya seller tidak akan menipu sebab dapat barang dulu baru bayar

Namun, hakikatnya ia adalah modus operandi mereka akan jual sesuatu barang pada harga tak masuk akal seperti gadget, phone, laptop dan sebagainya. Contohnya harga pasaran tablet RM800 tapi mereka hanya jual pada harga RM300.

Mereka akan mengunakan company DHL atau Ninja Van untuk menghantar barangan mereka. Kemudian pembeli perlu membayar dahulu sebelum mereka dapat membuka parcel mereka.

Setelah mereka membuka parcel tersebut, tika dan saat inilah pembeli atau penerima akan rasa tertipu.

"Macam saya order laptop touch screen tapi hanya dapat plastik game demo set yang hanya untuk display je. Bila saya jumpa balik dengan rider DHL tu mereka pun tak dapat buat apa sebab dah klik Successful Delivered."

Gambar sekadar hiasan.

Image via Information Age

Bila pergi balik ke page pembelian tersebut, rupa-rupanya ramai yang tertipu, ada yang dapat keyboard 'bodoh' je

Ada yang dapat plastik hiasan je. Malah yang paling best, selepas 3 4 minit kita komen tentang penipuan mereka. Mereka terus delete komen kita dan akan disable page pada hari itu juga.

Namun mereka akan membuat beribu page lagi dan menggunakan iklan di Facebook untuk mencari pelanggan baru mereka.

Paling best mereka langsung tidak memberikan contact number atau email untuk kita hubungi mereka. Hanya ada email daripada company DPE Logistic iaitu company delivery dari China.

Jadi sampai kita mati pun kita tak akan tahu siapa, di mana dan berapa ramai sudah menjadi mangsa mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Betakit

Takutnya kalau perkara ini terjadi kepada kita, hati-hati lah kalau ada jualan murah tak masuk akal ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: