Dakwa Difitnah Dalam Program 'Podcast' Caprice, Ebit Lew Kini Tampil Buat Laporan Polis
Tak tahu siapa betul siapa salah.
Baru-baru ini, tular beberapa klip rakaman memaparkan gadis dari Indonesia yang pernah dibantu Ustaz Ebit Lew (UEL) muncul dalam program podcast Caprice
Dalam rakaman tersebut, Mondy mendedahkan bahawa apa sebenarnya yang terjadi ketika dia dijemput ke Malaysia untuk bekerja di bawah UEL.
Lihat video di bawah:
Dakwa disentuh dan hampir dicium oleh, UEL pula tampil beritahu sudah buat laporan polis
Menerusi video berkenaan, Mondy menceritakan dia telah disentuh dan hampir dicium di bahagian pipi oleh UEL. Malah, dia juga disuruh berlakon solat demi konten dalam media sosial milik UEL.
Oleh kerana rasa diri difitnah melampau, UEL yang baru saja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut pagi tadi (18 September).
Menurutnya, kes tersebut juga akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.
"Bismillah. Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya. Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya," tulisnya.
Image via @ebitlew (Instagram)
Terdahulu, pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew membuat laporan polis susulan fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment