Dalam 2 Hari, Rakyat Msia Berjaya Kumpul RM51k Untuk Bebaskan Adib Dari Penjara Thailand
Inilah kuasa orang kita!
Dua hari lalu, tersebar berita tentang seorang warga Malaysia yang dilapor telah dipenjara hampir sebulan di Thailand sejak 14 Disember 2018
Warga Malaysia tersebut, Wan Mohamad Amirul Adib dipercayai telah ditahan dalam satu sekatan jalan semasa berada di Sadao, Thailand gara-gara memiliki walkie talkie.
Adib yang pertama kali menjadi pemandu pelancong tidak menyangka perkara ini boleh menjadi begitu serius, sehinggakan dirinya dipenjara di sana. Nampaknya, memiliki walkie talkie di Thailand adalah lebih berat daripada memiliki sepucuk pistol.
Kes ini telah dikongsi oleh isteri Adib sendiri Nur Afiqah binti Baharuddin menerusi Instagram @fy_baharuddin
Menurut Afiqah, suaminya ditahan atas tiga sebab iaitu:
1. Walkie talkie
2. Pas Pelancong
3. Permit kenderaan
Lebih buruk, Adib memerlukan sejumlah wang ikat jamin sebanyak RM51,000 kerana beliau bukan seorang warganegara Thailand
Baca perkongsian penuh Afiqah di bawah:
Sudah hampir sebulan anak kecilnya, Althaf tidak bertemu dengan si bapa. Anak kecil itu hanya tahu bahawa bapanya sedang bekerja.
Dalam perkongsian lain, Afiqah menceritakan tentang anak mereka yang kadang-kadang menunjukkan sikap murung dan tidak lalu makan, barangkali kerana terlalu rindukan bapanya yang masih belum pulang.
Selepas berita ini tersebar, rakyat Malaysia bertubi-tubi menghulurkan bantuan dengan menderma dana demi membebaskan Adib dari penjara Thailand
Dan dalam masa dua hari sahaja, wang ikat jamin sebanyak RM51,000 itu berjaya dikumpul.
Afiqah menerusi Instagram memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi membantu meringankan beban dia sekeluarga.
Image via Instagram @fy_baharuddin
"Jauh di sudut hati, saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Walaupun kita tak mengenali satu sama lain, tapi anda ikhlas membantu saya tanpa minta dibalas. Tanpa anda, saya tak akan mampu nak kumpul duit yang diminta.
"Saya hanya mampu ucap terima kasih dari awal hingga akhir dam semoga anda dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda dari Allah," tulis Afiqah.
Tulisan penuh baca di sini.
Kes ini membuktikan betapa hebatnya sikap prihatin rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu, pada masa yang sama menzahirkan kerelaan rakyat untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan
Semoga Adib dapat dibebaskan dari penjara Thailand dan bertemu dengan keluarga tercinta secepat mungkin.
Image via Instagram @amiruladibz
Baru-baru ini juga, pasangan warga emas dari Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak RM200,000 setelah terbabit dalam satu insiden kemalangan di Thailand. BACA SINI:
Lagi mengenai Thailand:
Leave a comment