“Mungkin Kena Jual Rumah” - Terpaksa Bayar Pampasan RM200,000 Selepas Insiden Di Thailand
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat sedemikian. Nombor akaun dan semua info telah disediakan di bawah.
Baru-baru ini pada 19 Disember 2018, pasangan suami isteri yang bercuti di Thailand telah mengalami kemalangan di negara tersebut
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, pasangan tersebut dikenali sebagai Abd Wahab Yahaya, 56, dan juga isterinya iaitu Junaidah Muhammad Said, 45 dikatakan telah bertembung dengan pejalan kaki dan pada ketika itu mereka berdua sedang menunggang motosikal di Jalan Aonang, Krabi, Thailand.
Menurut undang-undang di negara berkenaan, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan yang melibatkan pejalan kaki.
Lebih parah, pasangan suami isteri tersebut mungkin terpaksa menjual rumah mereka di Rawang, Selangor selepas keluarga warga Thailand yang meninggal dunia dalam kejadian itu menuntut pampasan sebanyak RM200,000
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh anak kepada pasangan tersebut iaitu, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, mereka sekeluarga kini buntu untuk menyelesaikan pampasan berkenaan. Tambah pula dengan keadaan bapanya yang parah dan masih dirawat di Hospital Krabi.
“Dalam kejadian itu, ibu dan bapa saya pengsan. Mama mengalami gegaran pada otak dan mengalami hilang ingatan sekejap. Bapa pula patah tulang rahang, pipi kanan dan hidung selain pendarahan pada mata.
“Berdasarkan laporan polis, bapa dipersalahkan dalam kejadian itu dan menurut undang-undang di negara itu, bapa perlu bertanggungjawab. Keluarga warga Thailand yang meninggal dunia menuntut pampasan RM550,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM200,000 selepas perbincangan dengan peguam dijalankan," katanya.
Bapanya kini telah selesai menjalani pembedahan di Thailand namun masih belum dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah belum dilakukan pada 9 Januari nanti
Anaknya juga turut berkata bahawa pasport ayahnya kini berada di tangan pihak berkuasa Thailand. Ayahnya tidak dibenarkan pulang ke Malaysia kerana dia yang menunggang motosikal dan perlu bertanggungjawab untuk perbicaraan serta menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal.
“Saya sekeluarga kini sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah bapa di Rawang untuk menampung tuntutan berkenaan. Saya meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan," tambahnya.
Bantuan juga telah dihulurkan oleh beberapa orang pengguna di laman Twitter yang telah menyebarkan tentang kes ini bertujuan untuk meminta dana dari orang ramai
Setakat ini, bantuan yang telah diterima adalah sebanyak 60k. Namun, ayahnya masih berada di hotel di Thailand sementara menunggu perbicaraan kes mahkamah pada 9 Januari nanti.
Menurut laporan, Abd Wahad Yahaya dan juga menantunya akan bertemu dengan Gabenor Krabi pada hari ini untuk membincangkan mengenai kemalangan berkenaan.
Untuk anda yang ingin menghulurkan bantuan, nombor akaun yang tertera pada artikel yang telah ditulis oleh Harian Metro tidak boleh digunakan kerana telah disekat
Namun, anda masih boleh menggunakan nombor akaun di bawah untuk menghulurkan sebarang bantuan.