Mula-Mula Tutup 4 Bulan, Kini 'Maya Bay' Diarah Tutup Lebih Lama & Tak Tahu Sampai Bila
Penutupan selama 4 bulan kini dilanjutkan.
Maya Bay mungkin nampak indah dari pandangan atas
Tak dinafikan, pemandangan tebing tinggi dan batu kapur mengelilingi pantai pasir putih dengan lautan biru jernih berkilauan bak kristal sememangnya menakjubkan!
Namun, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pantai popular ini, anda akan disajikan dengan pemandangan ini
Ramai gila orang! Dan keadaan ini tidak berubah dan sama setiap hari, sepanjang tahun. Hari-hari ramai orang.
Kalau nak ambil gambar pula, mesti akan ada orang photobomb -_-
Mungkin kena datang pada waktu senja baru boleh ambil gambar dengan tenang.
Disebabkan kedatangan pelancong terlalu ramai dan tidak terkawal setiap hari, Maya Bay diarah tutup
Maya Bay, yang popular kerana dipilih sebagai lokasi penggambaran filem 'The Beach' lakonan Leornardo DiCaprio diarah tutup bagi menghentikan pencemaran yang berpunca daripada pelancong.
Arahan ini dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Thailand sejak Mac 2018 lalu. Laporan sebelum ini mengatakan bahawa pantai peranginan itu ditutup untuk tempoh empat bulan.
Tetapi sekarang, penguatkuasa melanjutkan tempoh tutup dan tidak tahu bila pantai tersebut akan dibuka semula
Menurut pengumuman Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Thailand, yang ditandatangani oleh ketua pengarah Thanya Nethithammakul, ekosistem laut di Maya Bay memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih.
"Ekosistem dan struktur fizikal pantai masih belum pulih sepenuhnya. Penutupan ini terpaksa dilanjutkan dari Oktober sehingga sumber semula jadi kembali normal," kata Thanya.
Laporan mendapati bahawa lebih daripada tiga terumbu karang telah mengalami kerosakan di kawasan itu
Kerosakan ekosistem terjadi akibat kenaikan suhu laut yang berpunca daripada peningkatan jumlah pelancong saban hari.
Pemanasan suhu laut ini juga disebabkan oleh peningkatan pembangunan hotel serta pencemaran daripada kapal dan bot.