seismik

17 Villa Mewah Dengan 'Private Pool' Di Bali Untuk Percutian Fantastik Bawah RM200 Seorang

Semuanya mewah dan berpatutan. Only in Bali!

Cover image via The Pandan Tree Villas

Disclaimer: Harga yang ditunjukkan bagi setiap villa mungkin berubah-ubah mengikut musim dan mengikut pilihan tarikh penginapan.

1. Buana Bali Luxury Villas & Spa @ Jimbaran

Ditemani aroma frangipani dan lavender, Buana Bali Villas & Spa pastinya membantu pengunjung untuk merehatkan minda dan memberi ketenangan mutlak. Villa ini juga menggabungkan ciri-ciri minimalis moden dengan ukiran tradisional Bali bagi memberi pengalaman mewah yang sukar dilupakan.

Harga: RM195 satu malam dan ke atas

Buana Bali Luxury Villas & Spa
: Laman web rasmi | Facebook 

2. Villa Seratus @ Jimbaran

Image via Villa Seratus
Image via Villa Seratus
Image via Villa Seratus

Terletak di selatan Bali, Villa Seratus direka khas dengan kemewahan dan keluasan yang sempurna untuk tinggal bersama keluarga, rakan-rakan, mahupun berduaan bersama kekasih. Binaan menara gazebo bersebelahan private pool juga bakal memberi pengalaman yang mengasyikkan sepanjang berada di villa ini.

Harga: RM280 satu malam dan ke atas

Villa Seratus
: Laman web rasmi 

3. The Beverly Hills Bali @ Jimbaran

The Beverly Hills Bali yang terletak di bukit Jimbaran menawarkan pemandangan matahari terbenam yang magikal di Jimbaran Bay. Setiap villa di sini hadir dengan taman peribadi, dek matahari, pavilion Bali, dan private pool yang luas membiru. Lengkapkan lagi percutian di sini dengan pelbagai jenis urutan dan rawatan badan yang menenangkan.

Harga: RM310 satu malam dan ke atas

The Beverly Hills Bali
: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

4. The Sanyas Suite Villa @ Seminyak

The Sanyas Suite Villa dibina dengan falsafah 'Sanyasin', iaitu satu lokasi yang sesuai untuk mencapai kebahagiaan. Malah, ia turut direka khas untuk bersantai dan berehat daripada rutin harian dengan seni bina yang indah, mewah, luas, dan selesa. Di sinilah tempat paling sempurna untuk mencari ketenangan dalaman.

Harga: RM390 satu malam dan ke atas

The Sanyas Suite Villa
: Laman web rasmi | Facebook

5. Kubal Villa @ Seminyak

Image via Kubal Villa
Image via Kubal Villa
Image via Kubal Villa

Mulakan hari di Kubal Villa dengan berenang di private pool kemudian bersantai di atas kerusi berjemur, atau bermalas-malasan dalam suasana indah nan permai. Vila 1, 2 atau 4 bilik tidur ini akan memberikan pengunjung privasi dan kemewahan dalam persekitaran taman tropika yang segar.

Harga: RM350 satu malam dan ke atas

Kubal Villa
: Laman web rasmi | Facebook 

6. Kubu Manggala Villas @ Seminyak

Kubu Manggala Villas menawarkan sensasi kolaborasi baru kepada konsep moden dan tropika dengan sentuhan budaya Bali. Setiap villa dilengkapi dengan private pool, pintu masuk Bali, dan bilik yang luas, malah kedudukannya di tengah-tengah sawah padi memberi suasana penginapan yang pastinya berbeza dan menyeronokkan!

Harga: RM230 satu malam dan ke atas

Kubu Manggala Villas
: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

7. Villa Bougainville @ Seminyak

Sedang mencari sebuah villa di Bali yang mewah dengan private pool dan taman tropika yang indah? Villa Bougainville ada segalanya! Lebih menarik, pengunjung boleh menikmati sarapan pagi dalam bakul terapung yang unik dan lain dari yang lain. Sambil berendam dalam kolam, sambil makan breakfast. Amacam?

Harga: RM290 satu malam dan ke atas

Villa Bougainville
: Facebook | Instagram

8. Danoya Villa @ Seminyak

Image via Danoya Villa
Image via Danoya Villa
Image via Danoya Villa

Reka bentuk dan dekorasi Danoya Villa diilhamkan dari konsep Mediterranean dan Bali yang menggabungkan kemewahan kontemporari dan keselesaan dengan elemen semula jadi. Kesemua villa menawarkan suasana ketenangan tropika yang dihias bergaya dengan semua manfaat moden dan mewah.

Harga: RM250 satu malam dan ke atas

Danoya Villa
: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

9. The Tukad Villa @ Seminyak

Image via The Tukad Villa
Image via The Tukad Villa
Image via The Tukad Villa

Kemudahan mewah dan lengkap di The Tukad Villa sedia untuk menghibur para pengunjung dengan private pool dan taman tropika untuk ketenangan abadi. Villa ini akan memastikan setiap pengunjung mengalami penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan suasana yang ideal dan perkhidmatan bertaraf lima bintang.

Harga: RM350 satu malam dan ke atas

The Tukad Villa
: Laman web rasmi | Facebook 

10. The Pandan Tree Villas @ Canggu

The Pandan Tree Villas adalah salah satu penginapan terbaik dan salah satu villa paling indah untuk disewa di Canggu, Bali dengan private pool pada harga yang berpatutan. Villa ini sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau dengan kekasih, dan terletak hanya 8 minit dari pusat Canggu yang happening!

Harga: RM370 satu malam dan ke atas

The Pandan Tree Villas
: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

11. Zoe Villa @ Canggu

Image via Zoe Villa
Image via Zoe Villa
Image via Zoe Villa

Dengan 10 unit villa dilengkapi private pool tersedia, penginapan di Zoe Villa yang luas, tenang, moden, dan mewah bakal memberi satu pengalaman menakjubkan buat pengunjung. Sempurnakan lagi percutian dengan urutan spa di taman yang menenangkan jiwa dan minda.

Harga: RM230 satu malam dan ke atas

Zoe Villa
: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

12. The Royal Bali Villas @ Canggu

Menampilkan villa mewah dengan private pool, The Royal Bali Villas mewujudkan suasana percutian yang sempurna buat pengunjung. Villa yang lengkap dengan balkoni dan teres ini terletak hanya kira-kira 15 minit berjalan kaki ke Pantai Berawa yang dikenali sebagai surfers' paradise di Bali. 

Harga: RM220 satu malam dan ke atas

The Royal Bali Villas
: Laman web rasmi

13. Aishwarya Exclusive Villas @ Sanur

Diterjemah dari bahasa Sanskrit, 'Aishwarya' yang bermaksud 'Kemakmuran' menyediakan pengalaman budaya kaya Bali dari saat pengunjung tiba sehingga pulang. Aishwarya Exclusive Villas juga menawarkan penginapan bertaraf dunia yang telah direka khas bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung.

Harga: RM240 satu malam dan ke atas

Aishwarya Exclusive Villas
: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

14. Villa Puspa @ Tanah Lot

Image via Villa Puspa
Image via Villa Puspa
Image via Villa Puspa

Villa peribadi yang menakjubkan ini dimiliki, direka, dibina, dan dikendalikan oleh keluarga Bali dengan pengalaman reka bentuk selama bertahun-tahun. Setiap ruang adalah seperti galeri; dihiasi dengan seni gantung moden dan kontemporari yang menggabungkan ciri-ciri moden mewah berkonsep Bali yang dekat di hati.

Harga: RM160 satu malam dan ke atas

Villa Puspa
: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

15. D'Wina Villa @ Kuta

Image via D'Wina Villa
Image via D'Wina Villa
Image via D'Wina Villa

D'Wina Villa menawarkan ruang tamu yang mewah dan moden dengan menterjemah sentuhan dan keselesaan Bali pada tahap tertinggi. Dilengkapi dengan private pool, villa ini dicipta untuk pengunjung tinggal, bersantai, dan berehat dalam suasana tropika yang menenangkan.

Harga: RM250 satu malam dan ke atas

D'Wina VillaLaman web rasmi | Facebook 

16. Le Nixsun Villa & Spa @ Ungasan

Le Nixsun terdiri daripada 19 villa yang dibina dengan indah. Tingkap kaca besar yang menghadap terus ke private pool mewujudkan suasana moden dan mewah, malah turut menjadikan villa ini begitu insta-worthy! Senang cerita, satu malam memang takkan cukup untuk tinggal di sini.

Harga: RM320 satu malam dan ke atas

Le Nixsun Villa & Spa
: Laman web rasmi

17. Hillstone Villas Resort @ Uluwatu

Dari suasana yang tenang di semenanjung selatan Bali, Hillstone Villas Resort menatap pemandangan Lautan Hindi yang berkilauan. Setiap satu unit villa di sini hadir dengan taman tropika Bali dan private pool yang menawarkan pengunjung sebuah oasis pengasingan dan ketenangan abadi.

Harga: RM380 satu malam dan ke atas

Hillstone Villas Resort
: Laman web rasmi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau tak nak travel jauh-jauh, kat Malaysia pun ada!

You may be interested in: