Lelaki Ini 'Solo Travel' Ke Maldives Dengan Hanya RM1,700 Selama 5 Hari 4 Malam. Murah!
Maldives tak semestinya mahal.
Siapa kata Maldives mahal?
Sebut saja percutian di Maldives, pasti ramai membayangkan penginapan vila atas air yang mewah serta air laut jernih bak kristal yang tiada tandingan. Untuk mendapatkan pengalaman ini, nilai yang harus dibelanjakan juga pasti tinggi.
Senang kata, persepsi orang ramai terhadap Maldives ialah mahal dan hanya sesuai untuk orang-orang kaya.
Sebenarnya, persepsi itu tidak benar sama sekali
Betul, menginap di salah sebuah bungalo mewah atas air sememangnya menelan belanja yang tinggi.
Tetapi Maldives juga menawarkan pelbagai macam jenis penginapan yang berpatutan. Malah, ada yang tak sampai RM250 pun satu malam.
Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai persepsi bahawa kepulauan ini 'mahal', dah tiba masanya untuk ubah!
Ini buktinya.
Seorang lelaki, Romi Zunaidi melancong ke Maldives secara solo travel selama 5 hari 4 malam dan hanya membelanjakan tak sampai RM1,700!
Itinerari Maldives 5 Hari 4Malam - Solo Traveller (22-26 Julai 2018).
Total all : RM1,600++
Flight Ticket:
Pergi Balik RM363.10
Meal RM20.00
Penginapan:
Alaka at Maafushi, Maafushi Island : 111 USD (3Malam) include tax 12%, service charge 10% & Green tax 3%
Day 1 (Ahad 22 Julai)
KLIA2 - Velana International Airport
(6.55pm - 8.10pm). 4 jam flight.
Beli Sim Card Dhiraagu 16USD 3GB
Tukar 40USD ke 600MVR di Bank of Maldives. 1USD dapat 15MVR.
Tidur kat airport
Day 2 (Isnin 23 Julai)
Ambil public ferry dari airport ke jetty Male - 10MVR
Jelajah bandar Male
Breakfast/Lunch buffet di cafe Nice & Spice, Male - 80MVR.
Coke 23MVR
Ambil speeeboat dari Vilingili Ferry Terminal,Male ke Maafushi Island - 10USD
Check in Alaka at Maafushi
Buffet Dinner at Sunrise Beach Hotel, Maafushi 10USD/155MVR
Day 3 (Selasa 24 Julai)
Buffet Breakfast at Alaka
Excursion private island - adaaran prestige vadoo 105usd. Beli dekat White Shell Island Hotel, Maafushi.
9am - 6pm all-in buffet lunch,unlimited drinks,towel,entrance fees etc.
Dinner fried rice at Alaka 80MVR
Day 4 (Rabu 25 Julai)
Buffet Breakfast at Alaka
9am - 2pm : Snorkelling package include lunch at sandbank,watching dolphin,turtle.. 25usd beli dekat Salt beach hotel.
ice cream 25mvr
Day 5 (Khamis 26 Julai)
Buffet Breakfast at Alaka
Maafushi to Villingili Ferry Terminal, Male by public ferry 30MVR
Jalan kaki ke Jetty Male
Male to airport by public ferry 10mvr
Bosan tunggu flight lama lagi terus jalan ke Hulhumale Island.
Ambil bas dari Airport ke Hulhumale 20MVR
Pusing2 Hulhumale
Ambil bas dari Hulhumale ke Airport 20MVR
Lunch Burger King ala carte 7-9USD
Velana International Airport to KLIA2
(8.55pm - 4.30am)
Nota:
1. Penginapan sepanjang saya di Maldives adalah di Alaka at Maafushi Island. Salah satu public island di Maldives. Itu rate paling rendah saya search di Maafushi memandangkan tiada hostel di sana maka bilik memang untuk 2 orang. Carilah penginapan yang dilengkapi dengan breakfast jika hendak menjimatkan perbelanjaan. Umum mengetahui tax adalah salah satu sumber pendapatan Maldives jadi tidak hairanlah jika bilik saya untuk 3 malam dalam RM300++ dan setelah campur service charge, tax etc total dalam RM450.
2. Sampai airport anda boleh beli sim card dengan memilih pakej yang sesuai dan menukar matawang USD ke MVR di Bank of Maldives. Simpan resit kalau ada balance nanti balik boleh tukar ke USD. Tak perlu tukar banyak memandangkan USD menjadi keutamaan di Maldives. (Bayar pakej,hotel dll). So kesimpulannya, tukar USD siap-siap di Malaysia dan apabila sampai Maldives tukar sedikit sahaja USD ke matawang Maldives iaitu MVR (Maldivian Rufiyaa).
3. Ambik pakej private island sebab private island lagi cantik dan superb dari public island. Boleh survey macam2 pakej keliling pulau. Tak semestinya kena ambik dari tempat penginapan yang kita stay. Maafushi Island adalah salah satu public island yang popular di Maldives dan menjadi pilihan traveller dari Malaysia disebabkan anda boleh mendapat harga yang murah untuk macam2 aktiviti seperti snorkelling, private island tour etc.
4. Makanan halal senang cari sebab negara muslim so tidak ada masalah tetapi jangan expect murah sebab pelancongan adalah sumber pendapatan utama Maldives. So agak mahal sikit.Kalau nak save budget boleh bawak makanan dari Malaysia.Saya tak bawak apa-apa kali ni just nak santai & plan semua makan kat sana.