seismik

12 Villa Terapung Paling Murah Di Maldives Untuk 'Honeymoon' Penuh Mewah Dan Eksklusif

Tiada yang lebih sempurna daripada ini.

Cover image via Olhuveli Beach & Spa Resort

Disclaimer: Harga yang ditunjukkan bagi setiap villa mungkin berubah-ubah mengikut musim dan mengikut pilihan tarikh penginapan.

1. Reethi Beach Resort

Reethi Beach Resort terletak di sebuah pulau kecil di Baa Atoll, kira-kira 35 minit penerbangan laut yang indah dari Male. Vila-vila berkembar dan separuh berkembar yang elegan dan luas dibina daripada bahan-bahan semula jadi dalam gaya tipikal Maldivian, memberikan keselesaan kelas pertama dalam suasana yang unik.

Harga (biasa): RM1,400 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,200 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang  

Reethi Beach Resort: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

2. Reethi Faru Resort

Reethi Faru, satu definisi kemewahan di pulau terpencil Filaidhoo, merupakan sebuah syurga pulau tropika yang menakjubkan, di mana lautan berkilauan bertemu pantai pasir putih dan dedaunan yang subur, menjadikannya sebuah lagoon yang benar-benar luar biasa.

Harga (biasa): RM1,350 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,155 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang

Reethi Faru Resort: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

3. Mercure Maldives Kooddoo Resort

Mercure Maldives Kooddoo Resort menyediakan salah satu tempat penginapan terbaik di Maldives yang mengagumkan. Dengan pantai berpasir putih, langit cerah, perairan kristal dan kehijauan tropika, resort ini sangat ideal untuk percutian pulau syurga nan indah dan permai.

Harga (biasa): RM1,300 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,155 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang  

Mercure Maldives Kooddoo Resort: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

4. Kandima Maldives

Kandima Maldives adalah lebih daripada sekedar destinasi percutian. Resort ini menawarkan suasana pulau yang bergaya dan tulen, dengan sentuhan manusia yang menggunakan inovasi terkini dan moden. Lagi menarik, di sini terletaknya kolam renang paling besar di Maldives berukuran 100 meter yang pastinya tidak boleh anda lepaskan!

Harga (biasa): RM2,060 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,640 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang  
 
Kandima Maldives: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

5. Paradise Island Resort & Spa

Paradise Island Resort & Spa menyajikan sebuah syurga di luar jangkauan kehidupan yang lengkap dengan kemewahan mutlak di tengah-tengah pasir putih dan lautan biru. Semestinya, penginapan mewah bak kayangan ini amat sempurna untuk melarikan diri daripada kesibukan hidup di bandar. 

Harga (biasa): RM1,725 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,795 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang

Paradise Island Resort & Spa: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

6. Angaga Island Resort & Spa

Ramai yang mengatakan Angaga Island Resort terletak di salah satu pulau yang paling indah di Maldives. Mengambil masa 25 minit penerbangan laut dari Male, siapa-siapa pun pasti akan tergoda dengan kecantikan dan kemewahan yang ditawarkan di resort ini. Memang menakjubkan!

Harga (biasa): RM1,660 satu malam, termasuk breakfast & dinner untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM1,815 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang  

Angaga Island Resort & Spa: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

7. Sun Island Resort & Spa

Sembunyikan diri ke dunia eksotik yang indah di Sun Island Resort & Spa. Dikenali sebagai bunga permata di kalangan hotel di Maldives, setiap saat di sini akan dipenuhi dengan detik-detik indah yang pasti tidak dapat dilupakan. Resort mewah ini juga merupakan resort terbesar di Maldives.

Harga (biasa): RM1,755 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,045 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang

Sun Island Resort & Spa: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

8. Thulhagiri Island Resort & Spa

Thulhagiri Island Resort & Spa menawarkan keseimbangan sempurna pulau tropika yang tidak tercemar dengan semua keselesaan yang diidamkan. Pulau ini terkenal dengan nama 'Bird Island' kerana terdapat beratus-ratus burung terbang di sekeliling. Anda juga boleh melihat burung Maldivian terkenal iaitu Kambili dan Maakana di sini.

Harga (biasa): RM1,830 satu malam, termasuk breakfast & dinner untuk 2 orang

Thulhagiri Island Resort & Spa: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

9. Medhufushi Island Resort

Medhufushi adalah salah satu pulau paling hebat di Maldives yang menawarkan kedamaian dan ketenangan. Dengan estet yang mempesonakan yang tersebar di sekitar pesisir pantai damai Medhufushi, anda boleh memilih untuk berehat di kolam renang, pantai atau balkoni peribadi anda sendiri dengan privasi eksklusif.

Harga (biasa): RM1,245 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM1,580 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang

Medhufushi Island Resort: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

10. Ellaidhoo Maldives by Cinnamon

Mitos mengatakan bahawa fenomena yang tidak dapat dijelaskan membawa cahaya syurgawi turun ke pulau ini dari langit. Ellaidhoo Maldives by Cinnamon menempatkan beberapa pilihan penginapan terbaik di Maldives, yang membawa anda dekat dengan laut dan taman-taman subur, di tengah-tengah lautan biru jernih bak kristal.

Harga (biasa): RM1,860 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,135 satu malam, termasuk breakfast, lunch, tea, & dinner untuk 2 orang

Ellaidhoo Maldives by Cinnamon: Laman web rasmi | Facebook 

11. Sun Aqua Vilu Reef

Tenggelamkan diri anda di pulau syurga dan tinggal di salah sebuah vila mewah di Sun Aqua Vilu Reef. Sama ada anda menghadap ke kolam peribadi, lagoon, pantai, atau lautan biru, anda dijamin dengan pemandangan indah setiap kali anda bangun pagi. Segalanya sempurna!

Harga (biasa): RM1,670 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,280 satu malam, termasuk breakfast, lunch, tea, & dinner untuk 2 orang

Sun Aqua Vilu Reef: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

12. Olhuveli Beach & Spa Resort

Terletak di tengah-tengah tumbuh-tumbuhan tropika yang rimbun dan diwarnai oleh bentuk sawit yang anggun, Olhuveli Beach Resort & Spa merupakan sebuah pulau yang benar-benar menakjubkan bagi pencari syurga. Di sini, anda dijamin dapat melarikan diri daripada dunia luar dan benar-benar tenggelam dalam kedamaian. 

Harga (biasa): RM1,820 satu malam, termasuk breakfast untuk 2 orang

Harga (fullboard): RM2,650 satu malam, termasuk breakfast, lunch, & dinner untuk 2 orang  

Olhuveli Island Resort & Spa: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau rasa Maldives jauh sangat, boleh cuba vila di Bali!

Kat Malaysia pun ada!

More stories to read: