Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Danesh Raj Nagarajan Cipta Sejarah, Jadi Ahli Lembaga Pengarah 'Termuda' Universiti Malaya

Pelantikan beliau berkuatkuasa dari 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober 2024.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, lembaga pengarah ialah badan yang terdiri daripada anggota dipilih atau dilantik untuk menyelia kegiatan sesebuah syarikat atau pertubuhan

Badan ini kadangkala mempunyai nama yang lain seperti lembaga pemegang amanah, lembaga gabenor, lembaga pengurus, atau lembaga eksekutif.

Walau bagaimanapun, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini mencuri tumpuan apabila melantik seorang pemuda berusia 26 tahun iaitu Danesh Raj Nagarajan menjadi Ahli Lembaga Pengarah universiti berkenaan.

Anak muda dari Semenyih, Selangor itu difahamkan dilantik adalah berdasarkan bahawa penglibatannya dengan alumni universiti terbabit.

Pihak UM turut menitipkan ucapan tahniah kepada pemuda tersebut di laman rasmi Facebook mereka:

Image via Universiti Malaya (Facebook)

Cipta rekod dan sejarah tersendiri apabila menjadi Ahli Lembaga Pengarah termuda di universiti berkenaan

Hasil semakan di laman web rasmi UM, sehingga kini terdapat 10 Ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi di universiti berkenaan.

Image via Universiti Malaya

Antaranya ialah YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim selaku Pengerusi, dikuti dengan Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Ar. Saifuddin Ahmad, Tan Sri Zarinah Anwar, Datuk Rosnah Hj. Abd Rashid Shirlin, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Tan Sri Dato' Dr. R. Palan, Tan Sri Abd Rahim Mohamad, Danesh Raj Nagarajan dan Professor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman selaku Pemangku Pendaftar atau Setiausaha.

Dalam pada itu, Danesh Raj turut mengucapkan ribuan terima kasih dan syukur kepada pihak universiti berkenaan kerana memberikan kepercayaan serta amanah kepadanya untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

"Varsiti ini dan warganya telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna! Sudah tentu UM dan tradisinya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya.

Dengan kudrat yang ada saya akan lakukan tugas semak dan imbang tanpa kompromi demi masa depan sahabat mahasiswa, alumni serta varsiti kesayanganku," katanya.

Tampil beri penjelasan sebenar mengenai isu lantikannya dan tugas hakiki

Image via Danesh Raj Nagarajan Drn (Facebook)

Ramai memberikan pandangan dan andaian bahawa saya telah dilantik atas sebab saya merupakan pegawai kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said dan ianya berunsurkan politik.

Di sini secara jelasnya saya ingin maklumkan bahawa pelantikan ini berlaku atas usaha dan jasa bakti saya selama membantu Universiti Malaya sebagai Pemimpin Mahasiswa, Alumni dan Felo Kolej Kediaman.

Pelantikan ini tidak ada sebarang unsur politik yang melibatkan tugas hakiki saya sebagai Pegawai kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Saya mohon kepada semua pihak agar tidak kaitkan pelantikan ini dengan tugas hakiki saya sehingga nama majikan saya tercalar.

Saya juga mohon doa dan sokongan semua pihak untuk memberikan sedikit masa untuk saya buktikan segalanya!

Kementerian Pengajian Tinggi pula menjelaskan pelantikan Danesh Raj adalah berdasarkan kepercayaan kepada golongan muda

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad memberitahu Dewan Rakyat baru-baru ini, pelantikan anak muda berusia 26 tahun itu turut mengambil kira penglibatannya dengan alumni universiti berkenaan.

"Lantikan beliau (sebagai Ahli Lembaga Pengarah) adalah berdasarkan bahawa penglibatannya dengan alumni universiti terbabit.

"Inilah masa yang paling sesuai untuk kita memberi kepercayaan kepada orang muda terutamanya dalam melihat peranan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah," katanya.

Tambah beliau lagi, pelantikan itu betul dan Danesh Raj mewakili komposisi alumni universiti berkenaan berdasarkan penglibatan aktifnya dalam program dan aktiviti sepanjang bergelar mahasiswa.

“Sehingga kini pun, beliau masih lagi menyumbang kepada aktiviti alumni UM.

“Saya sudah nyatakan sebelum ini, pelantikan beliau sebagai satu bentuk penghargaan kepada orang muda, di samping memberi peluang kepadanya menyumbang untuk UM pada kaca mata alumni itu sendiri,” ujarnya.

Tahniah diucapkan kepada Danesh Raj diatas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya!

Selamat maju jaya dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment