seismik

Dua Pelajar Malaysia Tajaan MyPAC Ini Cemerlang Dalam ACCA & Berjaya Harumkan Nama Negara!

Mereka berjaya menempatkan diri dalam 10 Pemenang Terbaik Dunia bagi peperiksaan berkenaan.

Cover image via MyPAC Malaysia (Facebook) & ACCA

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila dua pelajar muda tanah air berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi Mac 2021

Menerusi sumber, Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) dalam satu kenyataan berkata, Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid berjaya menempatkan diri dalam 10 Pemenang Terbaik Dunia bagi peperiksaan tersebut.

Kejayaan kedua-dua pelajar ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam dan bantuan serta bimbingan, pelajar-pelajar dari golongan B40 dan asnaf mampu berjaya dengan cemerlang di peringkat global sekiranya diberi peluang.

Pelajar-pelajar di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu juga merupakan antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.

Raih tempat ketujuh dan kesembilan di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR) serta Audit & Assurance (AA)

Nurul Fatin Nabihah, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).

Anak sulung daripada empat beradik itu kehilangan bapa pada usia 11 tahun dan kemudiannya dibesarkan oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai petani, sementara ibunya merupakan seorang suri rumah tangga.

Mengikuti pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fatin juga berjaya lulus di dalam satu lagi kertas yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX).

Manakala Siti Naziah, pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pula, berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA).

Naziah, anak sulung daripada dua beradik, menghadapi cabaran yang getir kerana kehilangan ayah pada 2018 akibat kanser. Ketika itu, beliau sedang sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan CAT.

Tahniah sekali lagi buat Nurul Fatin Nabihah dan Siti Naziah Mohamad, semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: