seismik

[VIDEO] Tengku Permaisuri Selangor Curi Tumpuan Warganet, Buat ‘Comeback’ Baca Berita RTM

Suara tetap maintain seperti dulu!

Cover image via Selangor Royal Office (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat 'kemunculan istimewa' di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam semalam di saluran TV1, RTM

Menurut laporan, ianya sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75. 

Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim berkata, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.

"Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu.

"Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini," katanya.

Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu

Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 20 tahun bermula pada tahun 1996.

Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.

Tonton video penuh Tengku Permaisuri Selangor membaca Berita Perdana Khas sempena Hari Ulang Tahun RTM Ke-75 di bawah:

Penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor itu mengejutkan penonton saluran TV1 yang rata-rata memuji kerana masih berbakat menyampaikan berita

Ketika artikel ini ditulis, posting video yang dimuat naik oleh Berita RTM itu sudah meraih lebih 20.9K views, 422 likes dan 170 shares di Facebook.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Semoga Tengku Permaisuri Selangor terus sukses! Harap dapat tengok Tengku Permaisuri Norashikin lagi di Berita RTM :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: