seismik

[VIDEO] Permaisuri Agong Sebak Terima Pengiktirafan Tertinggi Pandu Puteri. Tahniah Tunku!

Tunku Azizah menitiskan air mata selepas mendengar pengumuman tersebut.

Cover image via Istana Negara / Facebook

Seperti yang kita semua sedia maklum, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan individu yang sangat aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) sejak kecil lagi

Bahkan, Tunku Azizah juga menzahirkan bahawa Pandu Puteri yang telah berjaya mendidik dirinya menjadi seorang pemimpin, bermula daripada peringkat Brownie pada usianya sembilan tahun kira-kira 50 tahun lepas.

Namun begitu, Tunku Azizah baru sahaja menerima pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan pingat perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) semalam (16 Julai 2020).

Pingat tersebut merupakan bentuk pengiktirafan tertinggi diberikan oleh WAGGGS kepada individu cemerlang yang mempamerkan perkhidmatan luar biasa kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di peringkat nasional dan global

Menurut laporan, perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga WAGGGS Sedunia Ana Maria Mideros menerusi YouTube WAGGGS di Istana Negara.

Katanya, ia dianugerahkan kepada Tunku Azizah susulan penglibatan baginda yang amat aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia, memegang jawatan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Pihak kami sangat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi Tunku Azizah dan ia terserlah melalui pencapaian serta peranan baginda.

"Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan khas atas dedikasi dan sokongan Tunku Azizah yang tidak pernah kenal lelah untuk pergerakan," katanya.

Selepas mendengar pengumuman tersebut, Tunku Azizah dilihat menitiskan air mata kerana terharu dengan pengiktirafan berkenaan

Baginda pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Pahang, Timbalan Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Penaung Diraja Persatuan pandu Puteri Malaysia dan Ahli Lembaga Olave Baden-Powell Society.

Pada 2015, baginda menjadi Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri (EAPW) dengan keanggotaan dari 27 negara di rantau Asia Pasifik.

Ana Maria memaklumkan, Tunku Azizah menjadi inspirasi kepada ramai individu bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia sebagai ejen perubahan dalam komuniti mereka

"Penghormatan diberikan ke atas kerja-kerja atau sumbangan Tunku Azizah di Malaysia terutamanya dalam menyokong pembangunan dan pemerkasaan keupayaan individu dan masyarakat melalui penubuhan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah.

"Selain itu, kelab jahitan di Kuantan yang menyokong kekuatan ekonomi wanita, Institut Kemahiran Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, Tenun Pahang dan Tenun Pahang Projek Diraja di Penjara Penor," tambahnya.

Tonton video penuh pengumuman tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: