"Agong Rileks Je Makan Dalam Kelas" - Netizen Luah Rasa Teruja Tuanku Lawat Murid Sekolah
Semoga Allah panjangkan usia Tuanku!
Akhlak dan keperibadian yang dibawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memang tidak boleh dinafikan lagi
Rakyat Malaysia juga memang sudah jatuh cinta benar dengan apa sahaja perbuatan yang baginda Tuanku lakukan.
Jika ada gambar dan status yang di muat naik akaun Facebook Istana Negara pula pasti akan menerima reaksi positif daripada netizen.
Terbaharu, baginda Tuanku berkenan meninjau sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan Lima dan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak hari ini
Baginda juga mengetepikan protokol dan berkenan beramah mesra dengan pelajar sekolah yang memulakan semula sesi persekolahan Rabu lalu selepas hampir tiga bulan sekolah ditutup susulan pandemik Covid-19.
Dalam beberapa keping gambar yang diletakkan dalam hantaran itu menunjukkan baginda turut merasa sendiri suasana baharu pembelajaran dalam kelas termasuk ketika sesi rehat.
Rata-rata netizen meninggalkan komen teruja dan bangga dengan sikap yang ditonjolkan baginda Tuanku kerana tidak kisah menikmati santapan bersama murid-murid di dalam kelas
Dalam masa beberapa jam, status yang dimuat naik Facebook Istana Negara itu mendapat lebih 14,000 'like' dan dikongsi lebih 1,000 netizen.
Berikut antara komen yang ditinggalkan oleh mereka:
Dalam pada itu, baginda Tuanku turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan.
Beta mendoakan semoga semua guru dan murid di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.