seismik

"Anti Islam & Hina Permaisuri Agong" Ini Identiti Sebenar 'Fake Imam' Iaitu Sheikh Tawhidi

Tawhidi berasal dari Iran, menetap di Australia dan merupakan seorang syiah

Cover image via Twitter @Imamofpeace

Hari ini, negara kita sedikit kecoh dengan satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong yang dikeluarkan oleh seorang 'imam palsu' di Twitter

Tweet yang menggangu sensitiviti rakyat Malaysia itu telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @imamofpeace

Menerusi tweet yang ditulis itu, dia berkata "Queen Malaysia adalah wanita paling hipokrit di Asia, memasak untuk petugas barisan hadapan ketika wabak Coronavirus. Individu ini menambah "Tetapi dia (Raja Permaisuri Agong) tidak akan berkata apa-apa mengenai wanita dan gay dari Malaysia yang telah dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah."

Individu yang kononnya dikenali sebagai Imam of Peace ini kemudiannya turut menyertakan gambar seorang wanita yang sedang dihukum depan khalayak di dalam tweet tersebut. Tweet yang dibuat oleh individu itu telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Namun mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah individu yang dikenali sebagai ‘Imam of Peace’ ini?

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama MyZaidy Yusoff telah mendedahkan identiti sebenar individu ini atau sebenarnya Mohamad Tawhidi.

Menurut perkongsian yang dibuat lelaki tersebut, Tawhidi merupakan seorang individu yang berasal daripada Iran namun menetap di Australia. Bukan itu sahaja, untuk makluman, Tawhidi juga merupakan seorang Syiah.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Tawhidi amat dibenci oleh penduduk Australia tetapi dia diaggap 'hero' oleh Amerika Syarikat

Jangan sebut Imam. Tetapi cukup sekadar menyebut Tawhidi. Apabila sebut Imam, seperti mengiktiraf beliau seperti ketua dan alim.

Tawhidi ni asal Iran, menetap di Australia, dia seorang syiah (tetapi syiah Iran sendiri tak suka beliau) dan beliau terkenal sbg extremist dan anti Muslim sunni. Di barat beliau digelar #FakeSheikh.

Beliau amat dibenci oleh penduduk Australia tetapi dianggap hero oleh US kerana Tawhidi ini anti perjuangan pembebasan Palestin yang dibawa oleh Hamas. Senator Republikan dan Datuk Bandar US adalah pembiaya kewangan Tawhidi.

Jangan pelik, di India Tawhidi ini mempunyai pengikut yang ramai. Dan begitu disayangi oleh masyarakat extremist Hindu India kerana Tawhidi ini anti Zakir Naik & Muslim Pakistan.

Pada Tawhidi, Muslim Pakistan adalah Sekelompok Muslim tidak berotak. Dan Tawhidi juga mengiktiraf bahawa wilayah Kashmir adalah hak India.

Kebencian Tawhidi terhadap wanita bertudung itu luar biasa

Jadi tidak peliklah, Priyanka Chopra, Raveena Tandon artis Bollywood ini adalah antara peminat fantik dan tegar kepada Tawhidi. Di India, banyak gossip tersebar diantara Tawhidi dan Raveena. Termasuk la dm ‘nakal-nakal’, antara mereka berdua.

Pelakon cantik & terkenal Pakistan, Armeena Khan antara Individu yg pernah menjadi mangsa kebencian pengikut Tawhidi sehingga terpaksa menutup akaun twiter dan IG milik peribadinya. Armeena Khan dlm satu kenyataan mengkritik Tawhidi sebagai tokoh jahat dan penyebar ilmu palsu.

Kebencian Tawhidi terhadap wanita bertudung itu luar biasa. Sebab itu, beliau sering mengkritik ttg pakaian Rashaida Thlaib dan Ilhan Omar pemimpin muslim dari parti demokrat US. Bahkan pernah melabel Radhaida dan Ilhan sbg agen terrorist dlm dewan Kongres US.

Kini beliau mengkritik Permaisuri Agong sbg lambang hipokrasi wanita asia..terbukti Tawhadi ini adalah seorang yg sakit dan sedang menanam tanggapan dan naratif jahat terhadap imej beragama

Trendingkan di Twiter dengan
#FakeSheikhTawhidi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan:

You may be interested in: