Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dari Makanan Ke Tempat 'Insta-Worthy', Ramai Puji Syed Saddiq Promote Muar Guna TikTok!

Selain menyifatkan 'approach' yang diguna pakai Syed Saddis ini sangat kreatif, namun pada masa ianya mampu menarik orang ramai berkunjung ke Muar.

Cover image via TikTok @@syedsaddiq

Tidak dapat dinafikan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah antara Ahli Parlimen yang menjadi tumpuan orang ramai masa kini

Image via The Rakyat Post

Manakan tidak, beliau telah melakar sejarah negara apabila dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia pada usia hanya 26 tahun sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Meskipun tidak lagi bergelar Menteri, cara Ahli Parlimen Muar itu yang sentiasa lantang dan terus bersemangat tinggi menjadi suara terutamanya dalam isu-isu berkaitan golongan belia telah membuatkan beliau wajar diangkat sebagai ‘role model’ dan inspirasi terutamanya kepada generasi muda di Malaysia.

Image via Google

Usianya yang masih muda juga turut membuatkan beliau sehabis baik mengoptimumkan platform sosial media yang ada seperti Instagram, Twitter dan Facebook untuk berkongsi aktiviti-aktiviti dengan pengikut serta penyokong tegarnya telah menjadikan beliau antara ahli politik yang sentiasa dekat di mata rakyat.

Image via TikTok @syedsaddiq

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq sekali lagi berjaya membuatkan pengguna media sosial kagum apabila telah mula aktif dalam memuat naik video menerusi aplikasi TikTok miliknya.

Menariknya, beliau kini sangat aktif menggunakan kaedah yang kreatif itu dalam mempromosikan bandar Muar

Menerusi aplikasi TikTok, Syed Saddiq telah mengeluarkan siri videonya yang mempamerkan kepelbagaian dari sudut pelancongan untuk negeri Johor, khususnya di daerah Muar.

Image via Vit Daily

Video terbarunya telah menunjukkan semua mural indah yang ditawarkan Muar.

Dalam klip berdurasi 14 saat itu, beliau telah membuat video kompilasi menunjukkan dirinya berjalan melewati mural di dinding yang memaparkan kepelbagaian budaya di Malaysia seperti makanan, seni bina, alat muzik serta haiwan.

Sebelum ini, Syed Saddiq juga pernah membuat video 'lompat' menonjolkan permata atau tempat-tempat indah yang terdapat di Muar seperti Dataran Tanjung Emas, Pantai Leka dan lain-lain.

Bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi, Syed Saddiq turut mempromosikan beberapa lokasi kedai makan yang wajib dikunjungi orang ramai apabila datang ke Muar.

Antaranya adalah Restoran Briyani Istimewa Parit Sakai, Sate Warisan, Mee Bandung Medan Selera Tanjung Mas, Roha Catering Jalan Temenggung Ahmad serta Otak Otak Wak Jos Ikan Bakar, Sabak Awor.

Ternyata, video-video yang dimuat naik Ahli Parlimen Muar itu telah mendapat respon positif dalam kalangan netizen

Selain menyifatkan approach yang diguna pakai beliau itu sangat kreatif, namun pada masa ianya mampu menarik orang ramai berkunjung ke Muar.

Antara komen menarik daripada netizen:

Terus rasa nak singgah Muar lepas tengok video TikTok Syed Saddiq!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment