Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Dari Pisau Plastik Ke Meja Dapur" - Ibu Ini Kongsi Tips Untuk Ajar Si Cilik Minat Memasak

Tak kekok langsung masak di dapur ya dik.

Kata orang-orang tua dan bijak pandai dahulu kala, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya"

Maksudnya mengajar anak-anak biarlah dari kecil, jangan ditunggu sampai sudah besar pula. Begitulah hebatnya orang-orang tua dahulu dalam berbahasa.

Sama seperti posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Nurul Nazireen Khazali yang berkongsi tips bagaimana dia memupuk minat anaknya untuk memasak dari kecil.

Menerusi perkongsian itu, dia memberitahu mendidik anaknya Syazwi atau lebih mesra disapa Chef Wi itu memasak pada usianya yang baru 2 tahun 6 bulan.

Malah anak kecil itu juga dilihat turut membantu ibunya dalam penyediaan bahan seperti memotong sayur, mengisar bahan dan tidak kekok menggunakan mixer, blender, pisau dan peralatan dapur yang lain.

Berikut dibawah adalah perkongsian penuh dan tips serta pengalamannya dalam melakukan aktiviti memasak bersama anaknya:

1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya

Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, terpecik dan sebagainya. Sentiasa awasi anak anda.



Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

2. Sediakan kerusi atau peralatan yang sesuai

Untuk kerusi memasak Syazwi, katanya dia beli di Instagram: @dinamitoys

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibu bapa lebih tahu keupayaan anak-anak

Mulakan dengan pisau plastic terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih 'advance'. Syazwi menggunakan pisau dari IKEA.

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

4. Jangan paksa anak jika mereka tidak minat

Syazwi sejak kecil memang minat bagi membantu. Katanya lagi, Syazwi terasa sangat dihargai bila dia memanggilnya untuk masak dan turut serta sekali.

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

5. Aktiviti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan

Antara kebaikan apabila anak-anak turut serta dalam aktiviti memasak, mereka belajar benda baru.

Selain itu dapat kenal nama bahan-bahan dan sayur-sayuran yang digunakan. Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan mereka (survival skills).

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

Image via Nurul Nazireen Khazali (Facebook)

Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baru. Kita sebagai ibu bapa perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka.

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa yang ingin memupuk minat anak-anak dari kecil untuk belajar memasak.

Kalau nak tahu lebih banyak tips dan aktiviti bersama si cilik ini, anda boleh saja follow Instagram Chef Wi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment