"Daripada Customer Jadi Jodoh" - Netizen Teruja Pasangan Ini Bersatu Gara-Gara Susu Nilofa
Tak sangka dengan membeli susu Nilofa, boleh dapat 'free gift' jodoh.
Berbicara soal jodoh, ianya memang tidak dijangka
Jodoh itu Allah SWT berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita.
Image via Majalah Labur
Yakinlah bahawa Allah SWT sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Seperti yang kita tahu; jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah SWT sejak roh kita dicipta.
Orang selalu cakap, kalau dah jodoh itu, takkan ke mana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh, pasti akan berjumpa juga akhirnya dan ke jinjang pelamin juga jawabnya.
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang bertemu jodoh dengan pelanggannya sendiri setelah membeli susu Nilofa daripadanya
Kisah ini sebenarnya telah dikongsikan wanita tersebut melalui laman Facebook miliknya.
Image via Facebook Siti Hamima
Siti Hamima yang juga merupakan agen jualan kepada susu keluaran selebriti popular tanah air, Neelofa, telah bertemu dengan pasangannya yang bernama Shakir Azman ketika menghantar pesanan lelaki tersebut dan dari situ mereka mula berkenalan.
Image via Facebook Siti Hamima
Menariknya, kisah sweet mereka itu telah dikongsikan semula oleh Neelofa sendiri melalui laman Twitter serta Facebook peribadinya.
Image via Twitter @Neelofa
Image via Facebook Neelofa
Susulan tularnya kisah ini, ternyata ramai yang teruja bagaimana susu Nilofa telah berjaya menyatukan dua hati terbabit
Bahkan terdapat beberapa netizen yang berseloroh menyatakan mereka tidak sangka dengan membeli susu itu, boleh dapat 'free gift' jodoh.
Antara komen menarik daripada netizen:
Image via Twitter @Neelofa
Image via Twitter @Neelofa
Image via Twitter @Neelofa
Cute-nya cara mereka berkenalan!
Semoga pasangan ini kekal bahagia selamanya. <3
Image via Tenor
Image via Facebook SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment