Doktor Kini Miliki 10 Lesen Daripada JPJ, Niat Asal Hanya Mahu Ambil Lesen Ambulans
Dr Leong Keen Wai mendedahkan bahawa dia boleh memandu hampir semua kenderaan daripada motosikal, trak, bas, traktor dan treler.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semuanya bermula daripada impiannya untuk memiliki lesen kenderaan ambulans, kini Dr Leong Keen Wai sudah mempunyai 10 lesen kenderaan berbeza yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Berkongsi kisahnya di Instagram, Dr Leong berkata ianya bermula apabila dia mahu memandu sendiri ambulans apabila berlaku kecemasan.
Kemahuan itu akhirnya berkembang apabila dia kemudiannya mahu memandu lori hospital membawa barang-barang keperluan bagi menghadapi bencana seperti banjir dan tanah runtuh.
"Kemudian, ianya menjadi tidak terkawal, dan saya terus mengumpul lesen.
"Mereka kata saya boleh jadi apa sahaja, jadi saya kumpulkan setiap kelas lesen yang ditawarkan JPJ," tambah pakar perubatan kecemasan itu.
Image via @keenwai (Instagram)
Bercakap kepada SAYS, Dr Leong berkongsi bahawa dia mula mengumpul lesen memandu pada 2022, dan sejak itu dia telah membelanjakan sekitar RM10,000
Di sebalik minatnya itu, Dr Leong mendedahkan bahawa dia tidak memandu ambulans di dalam situasi kecemasan sebenar kerana pihak hospital memerlukannya untuk memberi tumpuan kepada merawat pesakit. Sebaliknya, dia hanya memandu ambulans semasa sesi latihan perubatan.
Berdasarkan perkongsian Dr Leong, dia kini memegang lesen memandu berikut:
- Kelas B - Motosikal besar
- Kelas C – Motosikal beroda tiga
- Kelas D - Kereta manual
- Kelas E – Lori besar dan lori pembuangan sampah
- Kelas H – Traktor, forklift dan sebarang jentera berat dengan roda
- Kelas I – Jengkaut dan jentera berantai
- Kenderaan Perkhidmatan Awam Kelas D – Ambulans, pengangkutan ulang-alik, kereta e-hailing, teksi, van penumpang dan limosin
- Kenderaan Perkhidmatan Awam Kelas E – Bas
- Lesen Memandu Barang Kelas E (Berat Kejur) – Kereta jenazah
- Lesen Memandu Barang Kelas E (Bersendi) – Treler
Image via @keenwai (Instagram)
Dr Leong berharap untuk menambah lebih banyak lagi lesen dalam koleksinya, termasuk lesen mengendalikan kren menara, kren crawler, skylift, trak B-double, dan mungkin juga helikopter
"Lelaki tidak pernah membesar, mainan mereka yang semakin besar," katanya, walaupun mengakui bahawa dia tidak begitu berminat untuk menerbangkan pesawat.
Dr Leong turut menjelaskan bahawa tidak semua lesen dia boleh dapatkan, seperti lesen Kelas A (untuk orang kelainan upaya), Kelas F dan G (lesen jentera berat), dan lesen konduktor bas, yang kini sudah dimansuhkan.
Dr Leong berkongsi bahawa impian utamanya adalah untuk suatu hari nanti memandu trak angkut Caterpillar 797, memulakan pasukan khas kecemasan menggunakan superbike di hospitalnya dan masuk ke dalam tempat duduk pemandu kereta kebal tentera.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment