Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

'Dek Wan' Raih Pingat Emas Acara 100 Meter Di Grand Prix Olahraga Para Dunia Maghribi

Dek Wan mencatat masa 12.52 saat ketika menamatkan larian berkenaan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berada di kelas tersendiri apabila menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi semalam

Menurut laporan Bernama, Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dipanggil "Dek Wan" mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman yang membawa pulang perak di Grand Stadium Marrakech.

Pingat gangsa pula menjadi milik rakan senegara Ahmad Fizzi Rosni yang mencatat masa 12.72s.

Image via Fédération Handisport Marocain (Facebook)

Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhamad Afiq Mohamad Ali terpaksa berpuas hati memperoleh gangsa bagi acara 100m T12 (kecacatan fizikal) dengan mencatat masa 11.45s.

Muhamad Afiq ditinggalkan pelari tuan rumah Mouncef Bouja yang memperoleh emas dengan catatan masa 11s manakala pingat perak menjadi milik Temitope Olusesan dari Nigeria dengan rekod 11.15s.

Dalam pada itu, atlet para Mohammad Zikri Zakaria memperoleh perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter (m) dengan 780 mata

Image via Fédération Handisport Marocain (Facebook)

Pingat emas dimiliki atlet dari Armenia, Sargio yang membuat lontaran 11.23m dengan kutipan mata 924 manakala Mukan Aitmyrzayev dari Kazakhstan meraih pingat gangsa selepas membuat lontaran sejauh 9.62m dengan 733 mata.

Tahniah Dek Wan! Semoga terus sukses untuk di kejohanan pada masa akan datang :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment