seismik

Ex-Dolla, Syasya Rizal Sah Bergelar Isteri, Kongsi Bergambar Dengan Suami Di Media Sosial

Tahniah Syasya, selamat pengantin baru!

Cover image via @syasya.rzl (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai status bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang terdahulu menjadi teka-teki akhirnya terjawab

Syaysa memuat naik foto bersama suami dalam persalinan serba putih di akaun media sosial rasminya, Instagram.

Berkongsi emoji berbentuk hari pada ruangan caption, posting yang dimuat naiknya itu kini dihujani ucapan ribuan tahniah daripada rakan artis, selebriti dan juga para peminat.

Difahamkan majlis pernikahan tersebut berlangsung pada Sabtu lalu di sebuah masjid dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan.

Lihat posting penuh yang dimuat naik Syasya di bawah:

Image via Instagram

"Kahwin jadi faktor utama Syasya undur diri daripada Dolla" - Universal Music Malaysia

Susulan tularnya foto Syasya yang telah selamat mendirikan rumah tangga, pihak Universal Music Malaysia tampil memberi kenyataan.

Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia iaitu Kim Lim mengesahkan bahawa persiapan untuk mendirikan rumah tangga adalah sebab utama Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mengundurkan diri.

Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya Dolla dari awal sehingga kini.

Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini (Sabtu). Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla.

Lihat kenyataan penuh yang dimuat naik pihak Universal Music Malaysia di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: