seismik

Wanita Simbah OKU Dengan Air Panas Kini Dipenjara 10 Tahun & Denda RM6,000

Mahkamah mendapati perbuatan itu serius, kejam dan tidak berperikemanusiaan, terutama tanpa provokasi.

Cover image via Twitter (X) & Mikail Ong/New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau di Pulau Pinang kerana menyimbah air panas ke arah lelaki sindrom Down, Jumaat lalu

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas tertuduh Oo Saw Kee, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, dengan menggunakan air panas.

Mengikut kertas pertuduhan, kejadian itu berlaku pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri I-Park kira-kira jam 9.24 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Edric Loo.

Image via Sinar Harian

Dalam penghakimannya, Ahzal Fariz berkata mahkamah mendapati tindakan Oo adalah serius, kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap orang kurang upaya, terutama tanpa provokasi

Menerusi laporan Bernama, Hakim berkata mahkamah berkongsi sentimen orang ramai, kerana perbuatan Oo itu dirakam video dan dikecam meluas di media sosial.

Tambahnya, hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh perlu menjadi peringatan kepada orang lain supaya tidak mengulangi perbuatan sedemikian terhadap orang kelainan upaya (OKU).

Tangkap layar skrin video perbuatan kejam Oo yang tular di media sosial.

Image via Twitter (X)

Peguam Edric Loo, yang bertindak pro bono untuk Oo, merayu untuk hukuman penjara minimum kerana dia hanya memperoleh RM1,500 sebulan sebagai promoter jualan

Bagaimanapun, menurut New Straits Times, timbalan pendakwa raya Mohd Nordin Ismail mendesak supaya hukuman berat dijatuhkan dengan mengatakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Oo adalah "sangat serius dan kejam" kerana kedua-dua tertuduh dan mangsa tinggal di blok pangsapuri yang sama tetapi melakukan tidak mengenali antara satu sama lain.

Mohd Nordin menambah, mangsa melecur di belakang badan, bahu, dan leher, dan masih menerima rawatan di hospital.

“Bayangkan sahaja kesakitan yang dialaminya, dan parut kekal akibat melecur itu,” katanya.

Tonton video penuh ketika kejadian berkenaan berlaku di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: