Dendeng & Sambal Nyet Berapi Milik Khairul Aming Kini Disahkan Halal Oleh JAKIM
Alhamdulillah, semoga terus maju jaya KA!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming (KA) teruja berkongsi berita perniagaannya iaitu dendeng dan sambal nyet berapi kini disahkan 'halal' oleh JAKIM
Menurut KA, setakat ini perniagaannya sudah mendapat sijil MESTI dan HALAL. Beliau berharap dapat sijil HACCP pula untuk kilang di Kelantan.
"Alhamdulillah Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM. Bermula dengan kilang dari zero, kita bina sedikit demi sedikit sehingga dapat pengiktirafan," katanya.
Image via @khairulaming (X)
Image via @khairulaming (X)
"Selain daripada halal, kita dah dapat kelulusan daripada MeSTI KKM. So sekarang kilang kita diiktiraf selamat, bersih dan juga halal," katanya lagi.
Image via @khairulaming (X)
Lihat video perkongsian KA di bawah:
Semoga business KA terus sukses dan boleh keluarkan lebih banyak produk makanan yang sedap-sedap lepas ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment