Dengan Modal RM200, Wanita Ini Kongsi Cara DIY Wainscoting. Bukan Lelaki Je Pandai Buat!
Tak perlu bajet banyak pun, RM200 pun dah cukup untuk jadikan rumah nampak lebih ekslusif!
Kreativiti adalah hasil bakal semula jadi yang ada dalam diri setiap orang dan ianya bukanlah satu bakat yang terpilih
Untuk menjadi seorang yang kreatif, anda perlu melatihkan diri untuk menghasilkan sesuatu yang unik. Anda juga harus mempunyai imaginasi yang tinggi dan bukan jenis yang cepat menghakimi dan menolak sesuatu idea.
Seronok sebenarnya jika anda seorang yang berfikiran di luar kotak. Macam-macam perkara boleh terhasil dengan pengetahuan am yang ada dalam diri seseorang.
Image via Giphy
Yang paling penting, sebagai seorang yang kreatif, anda perlu mempelbagaikan lagi cara berfikir seperti pemikiran kritikal, pemikiran analitis, pemikiran lateral, pemikiran konstruktif, pemikiran negatif dan positif, pemikiran kreatif, pemikiran innovatif dan sebagainya.
Seorang wanita yang mempunyai kreativiti tersendiri telah berkongsi cara bagaimana dia membuat DIY Wainscoting dengan menggunakan bajet serendah RM200 sahaja.
Murah gila kan?
Perkongsian tersebut telah dikongsikan sendiri melalui laman Facebook miliknya iaitu Fatin Syamimi Fasyarania Jamaluddin.
Memang tak sangka seorang wanita mampu membuat kerja-kerja seperti ini. Cantik dan kemas pula tu!
Lihat tips penuh di bawah:
Ada dua jenis pattern yang digunakan. Di atas merupakan pattern yang pertama dengan menggunakan wallpaper dari Kaison. Panel kayu bawah sekali tidak diletakkan sebab dah ada border tile.
Tapi nampak cacat sedikit sebab border tak sampai hujung.
Lantai di atas pula pada mulanya ingin menggunakan Vinyl Floor tapi kurang bajet pula.
Ini merupakan pattern yang kedua. Paling senang!
Hanya dengan menggunakan finishing cat berwarna gold sahaja. Frame tengah itu beli frame gambar di kedai Mr DIY. Balik rumah buang gambar, ambil bingkai sahaja dan lekat.
Itu sahaja rahsianya. :)
Panel kayu di atas ini adalah sumber gambar dari Google sebab tak sempat untuk ambil gambar.
Yang penting, ukur terlebih dahulu panjang dinding yang kita nak buat. Pergi kedai minta tolong mereka potong panjang mana yang kita nak, sebab takut tak muat untuk masukkan ke dalam kereta. Kereta pula masih perlu jatuhkan kerusi belakang lah.
Kayu pertama kena letak atas sekali, kayu kedua jadikan frame, kayu ketiga letak di bawah sekali, di lantai. Kayu bertanda X tak perlu letak pun tak apa.
Di atas merupakan kayu-kayu tersebut. Bawa balik rumah kena licinkan terlebih dahulu menggunakan kertas pasir. Tak perlu licin sangat pun tak apa, asalkan hilang tajam-tajam di permukaan kayu, bila cat nampak licin je.
Teruskan dengan langkah berikutnya...
Di atas merupakan gam pengganti paku. Projet ini langsung tidak menggunakan paku dan semua barang dan alatan dibeli di kedai Mr DIY. Gam ini juga fungsinya sama seperti paku, sekali lekat memang tak akan tercabut.
Bila sudah selesai dilicinkan, lekat je terus.
Benda di atas ini sebetulnya digunakan pada tile. Tapi boleh juga digunakan pada ruang antara kayu dan dinding. Wujudnya ruang tersebut adalah akibat dinding yang tidak rata jadi anda boleh letak benda ini untuk tutupkan ruang itu.
Fungsinya seperti filler dan ada dijual di kedai Mr DIY.
Bila sudah diletakkan menggunakan filler, di atas merupakan hasilnya. Agak mencabar sedikit tapi bila cat ini nampak bercantum, memang elok dan tiada lagi ruang kosong. Part ini memang paling penting untuk dibuat, kalau tidak memang dah siap nanti anda akan nampak lubang-lubang yang menampakkan kerja anda cincai.
Dinding anda akan nampak comot apabila diletakkan filler tersebut, sebab itu perlu cat semula cantik-cantik
Bila dah siap, hasilnya memang memuaskan! Lihat gambar di bawah:
Gambar di atas merupakan wallpaper Kaison berharga lebih kurang RM16.90. Ia boleh digunakan di dinding atas wainscoting. Saiz dinding pula dalam 1 roll sahaja untuk menampakkan dinding rumah lebih mewah.
Cubalah sendiri nanti!
Alat di atas pula digunakan untuk buat lining di atas kayu yang telah diletakkan finishing. Harganya lebih kurang RM7.90 sahaja. Terus nampak ekslusif bila menggunakan warna gold ini.
Diri sendiri pun macam tak percaya mampu untuk buat semua ini seorang diri dan hanya dibantu oleh seorang anak perempuan.
Ini pula merupakan colour finishing untuk design kedua yang menggunakan warna Salak Brown:
Cat sahaja di atas kayu, bila dah kering, cat selapis lagi sehingga warnanya menyerap masuk dalam kayu tersebut.
Hasilnya memang memuaskan hati!
Gambar di bawah ini membuatkan ramai yang PM tepi dan bertanyakan soalan tentang dinding DIY tu. Belum kira orang yang datang rumah secara tiba-tiba lagi!
Tak susah pun bukan? Kalau nak cuba, bolehlah survey nanti.
Mana tahu boleh buat lebih daripada ini. :p
Image via Giphy
Inginkan idea lain untuk mengubahsuai rumah? Lihat di bawah:
Leave a comment